awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Ungu diubah tarikh ke 26-27 Disember

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2022
06:43 MYT
Konsert Ungu diubah tarikh ke 26-27 Disember
Konsert itu dijadualkan semula pada 26 dan 27 Disember 2022 (19 November kepada 26 Disember, dan 18 November kepada 27 Disember).
KUALA LUMPUR : Penganjur konsert, Star Planet hari ini mengumumkan bahawa konsert oleh kumpulan rock Indonesia, Ungu, yang sepatutnya berlangsung pada 18 dan 19 November di Kuala Lumpur akan dijadualkan semula ke tarikh lain.
Dalam satu kenyataan, konsert berkenaan akan dijadualkan semula pada 26 dan 27 Disember 2022 (19 November kepada 26 Disember, dan 18 November kepada 27 Disember).
Tempat dan masa kekal tanpa sebarang perubahan.
Lanjutan daripada kejayaan siri konsert pelbagai artis ternama dari Indonesia di negara ini, perancangan Ungu untuk menemui peminat Malaysia menerima sambutan menggalakkan.
Portal Gempak.com pada 5 September lalu melaporkan, pihak penganjur malah telah menambah satu malam lagi konsert ulang tahun mereka untuk memuaskan para peminat tegar di Malaysia.
Hanya kurang sejam sejak penjualan tiket dilancarkan pada 30 Ogos, rekod pembeliannya sudah mencapai 85 peratus.
Kumpulan Ungu yang ditubuhkan pada tahun 1996 itu dianggotai vokalis Pasha, pemain gitar Enda dan Oncy, pemain bass Makki, dan pemain drum Rowman.
Pada tahun 2005, album mereka berjudul Melayang telah mencapai kejayaan besar sehingga meletakkan Ungu sebagai superstar di Indonesia dan benua Asia.
Konsert yang telah diubah tarikhnya itu akan bermula pada jam 8.30 malam bertempat di STAR Convention & Exhibition Centre, Menara PGRM di Kuala Lumpur.
Peminat telahpun membeli tiketnya yang dijual pada harga RM188, RM238, RM328, RM388, RM458 dan RM598.
Semua pembeli tiket VVIP akan menerima poster bertandatangan kumpulan Ungu dan berpeluang bergambar berkumpulan bersama Ungu.
View this post on Instagram
A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)
Topic Berkaitan
#ungu
#konsert
#tarikh konsert
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan