MALAYSIA
Konstabel polis maut dilanggar pemandu mabuk

Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang dilanggar kereta suspek. Gambar kecil: Naim Mullah
SEREMBAN: Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas motosikalnya dilanggar pemandu dipercayai bawah pengaruh alkohol di Jalan Temiang berhampiran Sekolah Kebangsaan Temiang di sini pada awal pagi Isnin.
Ringkasan AI
- Konstabel Naim Mullah Mohd Affandi, 23, maut selepas motosikalnya dilanggar oleh pemandu dipercayai mabuk di Jalan Temiang, Seremban pada awal pagi 18 Ogos, ketika sedang bertugas.
- Pemandu Perodua Bezza berusia 26 tahun yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol telah ditahan dan direman enam hari, dengan sampel darah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat.
"Namun apabila sampai di lokasi, sebuah kereta jenis Perodua Bezza telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.
"Akibatnya, mangsa yang ketika itu dalam tugasan alami cedera parah pada bahagian kepala dan telah dibawa ke HTJ untuk rawatan lanjut," katanya.
Bagaimanapun ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di zon kecemasan.
Jelasnya, pemandu Perodua Bezza seorang lelaki berusia 26 tahun alami cedera ringan dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.
"Pemeriksaan lanjut mendapati, ketika kejadian, pemandu terbabit disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Sampel darah telah pun diperoleh dan akan diuji di Jabatan Kimia," katanya.
Mohamad Hatta berkata, lelaki tersebut telah direman enam hari bermula pada Isnin untuk siasatan lanjut.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Tambahnya, individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Shahrizan Khairi di talian 019-8461792 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami