awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsulat China nafi keluar amaran berhubung isu bekalan air Sabah

Bernama
Bernama
13/10/2025
13:40 MYT
Konsulat China nafi keluar amaran berhubung isu bekalan air Sabah
Kedutaan China di Malaysia dan Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu tidak pernah mengeluarkan sebarang "amaran" atau "ancaman".
KOTA KINABALU: Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya Kedutaan China di Malaysia telah mengeluarkan "amaran keras" kepada kerajaan Sabah berhubung isu bekalan air.
Menurut kenyataan hari ini, Konsulat Jeneral menegaskan bahawa sama ada kedutaan mahupun konsulat, tidak pernah mengeluarkan sebarang "amaran" atau "ancaman" kepada Kerajaan Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atau mana-mana pihak berkuasa tempatan berkaitan isu berkenaan.
"Dakwaan tersebut adalah palsu. Kedutaan China di Malaysia dan Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu tidak pernah mengeluarkan sebarang "amaran" atau "ancaman" terhadap Kerajaan Negeri Sabah, DBKK atau mana-mana pihak berkuasa tempatan berhubung isu bekalan air.
"Kami juga tidak pernah mengeluarkan sebarang "nasihat perjalanan"," menurut kenyataan itu.
Konsulat Jeneral menegaskan pihaknya terus menjunjung semangat persahabatan dan kerjasama saling menguntungkan antara China dan Malaysia, termasuk memperluas kerjasama praktikal antara China dan Sabah dalam bidang pelancongan, perdagangan serta kebudayaan.
Pihaknya juga akan terus mempromosikan pertukaran rakyat dengan rakyat serta memperkukuh kerjasama peringkat tempatan antara kedua-dua negara, menurut konsulat itu.
Pada masa sama, Konsulat Jeneral menyeru media supaya melapor berdasarkan fakta sahih serta mengelak penyebaran maklumat tidak disahkan yang boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan hubungan persahabatan antara China dan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Sabah
#konsulat China
#Kota Kinabalu
#nafi dakwaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan