awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontak rapat menyumbang peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
27/11/2020
15:13 MYT
Kontak rapat menyumbang peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah
Daerah Kota Kinabalu kembali merekodkan bilangan kes positif COVID-19 tiga angka dan yang tertinggi setakat ini. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Daerah Kota Kinabalu kembali merekodkan bilangan kes positif COVID-19 tiga angka dan yang tertinggi setakat ini.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, angka peningkatan tersebut disumbang oleh kluster sedia ada dan juga kontak rapat.
"Daerah Kota Kinabalu kembali merekodkan tiga angka dan mencatatkan kes tertinggi pada hari ini.
"Daripada 132 kes sebanyak 34 kes adalah daripada Kluster Jalan Tuaran, Kluster Sutera 18 kes dan Kluster Rumah Merah 4 kes.
"Manakala saringan kontak rapat sebanyak 65 kes, saringan bergejala lapan kes, saringan kendiri dua kes dan saringan sebelum kerja satu kes.
"Pada hari ini juga terdapat satu kluster baharu di Kota Kinabalu iaitu Kluster Jalan Tuaran yang mencatatkan sebanyak 34 kes berkaitan dengan saringan pekerjaan di Kilang Sabah Steel Industries," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Tambah Masidi, peningkatan kes baharu turut direkodkan di bebepara daerah antaranya di daerah Pitas dan Kalabakan.
Kedua-dua daerah kini diletakkan dalam zon merah dengan masing-masing mencatatkan empat kes baharu positif COVID-19.
Pada Jumaat, sebanyak 441 kes positif COVID-19 direkodkan dengan satu kematian di daerah Semporna.
"Daripada 441 kes tersebut sebanyak 192 kes atau 43.54 peratus adalah dari saringan kontak rapat yang melibatkan daerah Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan manakala baki 249 kes adalah dari lain-lain kategori.
"Setakat Jumaat sejumlah 2,027 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 663 orang di hospital dan 1,364 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 PKRC.
"Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 74 orang dengan 21 orang memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kota Kinabalu
#Kluster Jalan Tuaran
#Kluster Sutera
#Kluster Rumah Merah
#Sabah Steel Industries
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan