PUTRAJAYA: Seramai 474 ahli kontinjen pengakap Malaysia yang menyertai Jambori Pengakap Sedunia ke-25 di Saemangeum, Korea Selatan kini dalam proses ditempatkan semula ekoran ancaman gelombang haba, selain tapak jambori itu berada dalam laluan ribut tropika Khanun.
Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Selasa malam, mereka dipindahkan ke dua tempat iaitu ke Korea National University of Agriculture and Fisheries dan Jeonbuk National University di Jeonju-si, Jeollabuk-do.
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul sedang memantau rapat proses itu dan berhubung secara langsung dengan wakil kontinjen Malaysia serta pihak penganjur bagi mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Pada Isnin (7 Ogos), Kementerian Luar Korea Selatan semasa sesi penerangan kepada kor diplomatik telah memaklumkan bahawa kerajaan negara itu akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan kemudahan penginapan, pengangkutan, perubatan dan sajian kepada semua peserta.
Kerajaan negara itu turut memberi jaminan akan merombak semula program berkenaan dan menyelaraskan pelaksanaannya mengikut kesesuaian tapak baharu yang telah dipilih bagi memastikan objektif penganjurannya tercapai.
Kira-kira 43,000 pengakap muda dari 158 negara menyertai acara itu dari 1 hingga 12 Ogos 2023 di tapak perkhemahan di kawasan berdekatan pantai di barat daya negara itu.
Acara itu berdepan ketidaktentuan dari awal lagi apabila kontinjen Britain dan Amerika Syarikat menarik diri dari tapak perkhemahan akibat gelombang haba.
Selain itu, ribut tropika Khanun yang turut melanda Jepun dikatakan akan sampai di Korea Selatan pada Khamis, dengan tapak jambori itu berada dalam laluannya.
Wisma Putra akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini berhubung perkara itu dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Kira-kira 43,000 pengakap muda dari 158 negara menyertai acara itu dari 1 hingga 12 Ogos 2023 di tapak perkhemahan di kawasan berdekatan pantai di barat daya negara itu. - Reuters
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Lebih segar! Lebih 60 tahun kelabu, pakaian seragam Pengakap Malaysia kini warna 'emerald sea'
Pakaian seragam baharu ini adalah lambang identiti dan kebanggaan bagi setiap ahli PPM.
Kontinjen pengakap Malaysia di Korea Selatan dipindahkan ke tempat selamat
Mereka dipindahkan ke Korea National University of Agriculture and Fisheries dan Jeonbuk National University di Jeonju-si, Jeollabuk-do.
Cuaca panas melampau: Kontinjen pengakap Malaysia di Seoul selamat
Kesemua 499 ahli kontinjen Malaysia yang menyertai "25th World Scout Jamboree" bermula 1 hingga 12 Ogos di Seoul, Korea Selatan dilaporkan selamat.