awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor dakwa rugi RM60,000 jadi mangsa along

Bernama
Bernama
10/09/2021
03:18 MYT
Kontraktor dakwa rugi RM60,000 jadi mangsa along
Lelaki berusia 28 tahun itu mendakwa kerugian RM60,000 yang dijelaskan kepada suspek lelaki yang menghubunginya pada bulan lepas bagi menawarkan 'pinjaman' itu. -Gambar hiasan
KUANTAN: Terdesak untuk mendapatkan wang segera dipercayai menjadi penyebab seorang kontraktor bersetuju meminjam daripada syarikat pemberi pinjaman wang tidak wujud atau along yang mencari mangsa melalui panggilan telefon.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata lelaki berusia 28 tahun itu mendakwa kerugian RM60,000 yang dijelaskan kepada suspek lelaki yang menghubunginya pada bulan lepas, bagi menawarkan 'pinjaman' itu.
"Mangsa (kontraktor) mendakwa dia memerlukan wang segera sebanyak RM250,000 dan berdasarkan perbincangan dengan suspek, kaedah bayaran yang dipersetujui ialah RM7,000 sebulan selama lima tahun.
"Suspek dikatakan meminta maklumat peribadi mangsa dan bayaran pendahuluan RM30,000 kononnya sebagai bayaran proses permohonan yang dijelaskan mangsa pada 17 Ogos lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Wazir berkata suspek didakwa sekali lagi menghubungi mangsa pada minggu seterusnya memaklumkan permohonan diluluskan dan mangsa perlu menjelaskan RM30,000 lagi sebagai kos pentadbiran untuk mengkreditkan wang pinjaman ke akaunnya.
Beliau berkata mangsa mendakwa membayar wang itu pada hari sama menerusi transaksi secara dalam talian sebanyak tiga kali namun mulai curiga apabila suspek menghubunginya semalam, meminta lagi wang kononnya sebagai upah menguruskan proses pinjaman tersebut.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Raub dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kontraktor
#syarikat pemberi pinjaman wang tidak wujud
#along
#rugi RM60000
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan