awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor didakwa tipu projek agropelancongan ladang buah tin

Bernama
Bernama
16/03/2023
06:52 MYT
Kontraktor didakwa tipu projek agropelancongan ladang buah tin
Kontraktor sambilan Muhammad Shaiful Omar (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan menipu projek pembangunan Agropelancongan ladang buah tin. - Foto BERNAMA
ALOR GAJAH: Seorang kontraktor sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu projek pembangunan Agropelancongan ladang buah tin.
Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Shaiful Omar, 35, didakwa menipu Mohamad Balok, 53, dengan memperdayakannya untuk menyerahkan RM801,000, bagi mempercayai dia akan menyiapkan projek pembangunan agropelancongan di ladang buah tin di Solok Duku, Masjid Tanah dalam tempoh lapan bulan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 1076, Solok Duku, Masjid Tanah antara 21 Nov 2021 sehingga 27 April 2022, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Shaiful didakwa telah menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan projek pembangunan agropelancongan ladang buah Tin di Lot 1076, Solok Duku, dengan tidak memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar Oktober 2021 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 25 (1) Akta CIDB 1994 (Akta 520) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor V. Somsundram mencadangkan kepada mahkamah supaya tertuduh diberikan jaminan sebanyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan, serta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran.
Peguam Zulfahmi Abu Bakar yang mewakili tertuduh pula memohon agar jaminan minimum dikenakan, memandangkan anak guamnya mempunyai tanggungan dan merupakan penanggung tunggal keluarga.
Hakim Nariman Badruddin kemudian menetapkan jaminan RM12,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin, selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran dan kes akan disebut semula pada 18 April ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kontraktor sambilan
#menipu
#projek pembangunan Agropelancongan
#ladang buah tin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan