awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor tempatan mengaku tidak bersalah tipu projek bernilai RM730,000

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
27/10/2022
06:21 MYT
Kontraktor tempatan mengaku tidak bersalah tipu projek bernilai RM730,000
Tertuduh, Fariz Fadila Awang Kamarudin (baju hitam) bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzati Sapifee di hadapan Hakim Abu Bakar Manat. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu pada Khamis atas tuduhan menipu seorang pemilik syarikat mengenai projek pembekalan bahan mentah kering dan basah bernilai RM730,000 pada tahun 2013.
Tertuduh, Fariz Fadila Awang Kamarudin bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzati Sapifee di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut kes pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya pemilik syarikat terbabit dengan mengatakan dia memperolehi projek membekal bahan mentah kering dan basah untuk sebuah operasi di Sabah dan menawarkan kerjasama bagi tujuan itu.
Ketika kejadian berlaku, tertuduh didakwa mendorong pemilik syarikat agar memberi wang sebanyak RM100,000 atas tawaran kerjasama tersebut di antara Januari hingga April 2013 di daerah Penampang.
Kes didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, dengan sebat dan boleh didenda pada masa yang sama.
Hakim Abu Bakar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin tempatan selain perlu melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM.
Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes dibuat pada 12 Januari 2023.
Topic Berkaitan
#kes penipuan
#pemilik syarikat pembekalan
#rasuah Sabah
#tawaran kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan