awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor wanita rugi RM1.4 juta diperdaya 'phone scam'

Bernama
Bernama
15/04/2025
05:05 MYT
Kontraktor wanita rugi RM1.4 juta diperdaya 'phone scam'
Mangsa berusia 68 tahun itu menerima panggilan telefon pada 12 Mac daripada individu menyamar sebagai wakil MCMC. - Gambar hiasan
KANGAR: Seorang kontraktor wanita mengalami kerugian RM1,448,000 selepas terperdaya dengan penipuan melalui panggilan telefon (phone scam) melibatkan individu yang menyamar sebagai wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pegawai polis pada Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata wanita berusia 68 tahun itu menerima panggilan telefon pada 8.16 pagi, 12 Mac daripada seorang wanita menyamar wakil MCMC Cyberjaya yang memaklumkan nombor telefon mangsa terlibat dalam penipuan bernilai RM200,000 dan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk membuat laporan polis.
"Mangsa berhubung dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis yang memaklumkan bahawa nombor telefon mangsa terlibat dengan kes pengedaran dadah dan menjumpai kad ATM milik mangsa. Seterusnya mangsa diarahkan membeli kad sim dan membuka dua akaun bank untuk tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan.
Mohd Shokri berkata pada 13 Mac, mangsa diminta meninggalkan kad sim, kad ATM dan nombor pin di lokasi tertentu di Tasik Melati, Beseri dekat Padang Besar sebelum diarahkan untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang telah dibuka dengan melakukan 10 transaksi pada 17 Mac.
"Pada 14 April, mangsa menyedari transaksi meragukan dan membuat laporan polis. Polis Daerah Padang Besar menasihati orang ramai agar berwaspada apabila menerima panggilan yang memaklumkan maklumat peribadi atau akaun bank terlibat dalam kes jenayah," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#phone scam
#menyamar MCMC
#warga emas
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan