awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump jemput Presiden Colombia ke White House selepas ancam operasi ketenteraan
Nubhan tak hadir, proses sulh untuk tuntutan harta sepencarian gagal
WhatsApp tambah ciri tag nama dalam kumpulan dan peringatan acara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontroversi 'Kerajaan Allah': Lim Kit Siang mohon maaf - Syahredzan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
06/07/2021
13:36 MYT
Kontroversi 'Kerajaan Allah': Lim Kit Siang mohon maaf - Syahredzan
Setiausaha Politik Kit Siang, Syahredzan Johan (kiri) memaklumkan, selepas kenyataan itu dibuat semalam, dia ada berhubung dengan Kit Siang. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menarik balik kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya sebelum ini dan memohon maaf atas kesilapan pemahamannya itu.
Setiausaha Politik Kit Siang, Syahredzan Johan dalam satu kenyataan di Twitter memaklumkan, selepas kenyataan itu dibuat semalam, dia ada berhubung dengan Kit Siang.
“Saya jelaskan tentang apa yang dimaksudkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Hadi. Beliau sedar pemahamamnya tentang apa yang dinyatakan oleh Hadi itu adalah silap.
“Oleh itu, beliau telah menarik balik dan mohon maaf atas kesilapan pemahamannya itu,” jelas Syahredzan.
Selepas kenyataan semalam dikeluarkan, saya berhubung dengan Sdr @limkitsiang. Saya jelaskan ttg apa yg dimaksudkan oleh YB Hadi. LKS sedar pemahamamnya ttg apa yang Hadi katakan itu silap. Oleh itu, beliau telah tarik balik dan mohon maaf atas kesilapan pemahamannya itu: https://t.co/IRDNXYqmae pic.twitter.com/jpGQSUSkPd
— Syahredzan Johan (@syahredzan) July 6, 2021
Beliau pada masa sama menjelaskan bahawa sudah tentu bukan dirinya sahaja yang telah menjelaskan perkara itu kepada Kit Siang, namun apa yang penting adalah Kit Siang telah meminta maaf.
“Yang penting bila ada silap, kita boleh tegur dan betulkan, dan beliau sudi menerima teguran itu dan meminta maaf,” ujarnya lagi.
BACA: Kontroversi 'Kerajaan Allah': "Apa masalah Lim Kit Siang?" - Hamzah Zainuddin
Dalam perkembangan sama, Kit Siang turut menyuarakan bahawa beliau sebelum ini beranggapan “Allah’s government” yang disebut oleh Abdul Hadi merujuk kepada Kerajaan Islam, termasuklah Kerajaan Perikatan Nasional yang sering mendakwa mereka adalah “Kerajaan Melayu-Islam”.
“Atas pemahaman ini, saya telah mengeluarkan kenyataan semalam yang kemudian telah dimuat naik ke platform media sosial saya.
#kerajaangagal160 All Malaysians, regardless of race, religion, region or politics must unite to win the war against the Covid-19 pandemic https://t.co/QVKlSwVht0 pic.twitter.com/4DNaSxFVHW
— Lim Kit Siang (@limkitsiang) July 6, 2021
“Saya mempersoalkan kenyataan tersebut kerana menyangka bahawa Hadi Awang menyatakan bahawa hanya sebuah Kerajaan Islam dapat menangani COVID-19.
“Saya langsung tidak berniat untuk mempersoalkan mana-mana agama atau kepercayaan, mahupun agama Islam, dan niat saya hanyalah untuk menulis respons kepada apa yang dilaporkan sebagai dikatakan oleh Hadi.
“Selepas kenyataan tersebut dikeluarkan, saya telah dimaklumkan bahawa saya telah silap dalam pemahaman saya mengenai apa yang dikatakan oleh Hadi Awang, dan beliau bukan merujuk kepada ‘Kerajaan Islam’.
“Atas kesedaran ini, saya menarik balik kenyataan saya dan memohon maaf atas kenyataan tersebut yang berdasarkan pemahaman yang salah mengenai kenyataan Hadi,” kata Kit Siang.
Kerajaan Allah | Apa masalah Lim Kit Siang, soal Hamzah
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Lim Kit Siang
#Hamzah Zainuddin
#PAS
#Twitter
#Islam
#Parlimen
#media sosial
#COVID-19
#Kerajaan Allah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan