KUALA LUMPUR: Konvensyen Khas Pesuruhjaya Kanak-Kanak Malaysia yang melibatkan Persatuan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan diadakan pada suku pertama tahun hadapan sebagai usaha meningkatkan penglibatan komuniti dalam perlindungan kanak-kanak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata menerusi konvensyen itu anggota KRT akan dijelaskan mengenai peranan mereka agar dapat menjadi mata dan telinga kerajaan bagi memantau sebarang isu melibatkan golongan rentan itu.
"Dalam konvensyen itu, kita mahu memperkasa peranan KRT untuk mereka faham instrumen, proses membuat laporan, faham undang-undang terutamanya berkaitan Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
"Ini selari dengan hasrat untuk memperkasa keselamatan kanak-kanak bagi membolehkan mereka melaporkan sendiri sebarang ancaman yang diterima. KRT boleh memainkan peranan meningkatkan kesedaran golongan ini memandangkan mereka berada dalam komuniti sama dengan pelapor (kanak-kanak)," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang dan Pesuruhjaya Kanak-Kanak Malaysia Dr Farah Nini Dusuki di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Azalina berkata inisiatif kerjasama dengan KRT termasuk platform aduan tersendiri melibatkan kes jenayah dalam komuniti, diharap dapat membantu mengurangkan isu kes-kes berkaitan jenayah terhadap kanak-kanak yang kurang dilaporkan.
Sementara itu Aaron berkata pihaknya menerusi 8,379 komuniti KRT yang mempunyai gabungan seperti jiran sepakat, jiran muda, jiran wanita dan jiran warga emas sedia memainkan peranan lebih dominan dalam memperkasa keselamatan kanak-kanak dalam komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Azalina berkata menerusi konvensyen itu anggota KRT akan dijelaskan mengenai peranan mereka agar dapat menjadi mata dan telinga kerajaan bagi memantau sebarang isu melibatkan golongan rentan itu. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Ops rempit besar-besaran Pulau Pinang sita 79 motosikal
Sebuah Ops rempit, pencegahan lumba haram dan samseng jalanan dijalankan besar-besaran di Pulau Pinang berjaya menyita 79 buah motosikal.
Jadual padat, usaha tarik pelaburan Asia Barat di Qatar
Misi Malaysia untuk menarik pelaburan baharu dari Asia Barat diteruskan lagi dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Mei.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.
Hampir 31,000 rakyat Palestin terbunuh pada hari ke-156 serangan Israel ke atas Gaza
Lebih 30,960 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke-156, kata pihak berkuasa kesihatan di wilay