KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memulakan siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya, berikutan laporan yang dibuat .
Menurut Koo Ham, sesuatu penyiasatan hanya boleh dimulakan sekiranya wujud syak wasangka atau maklumat yang diterima bahawa suatu kesalahan telah dilakukan.
Bagaimanapun, tegas beliau, sekiranya hanya berdasarkan laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa semata-mata tanpa syak wasangka, agensi berkenaan telah melakukan satu kesalahan.
"Ujian untuk memulakan sesuatu penyiasatan ialah ‘jika wujud syak wasangka yang munasabah atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima bahawa suatu kesalahan telah dilakukan’ dan bukannya 'apabila suatu laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa.
"SPRM telah melakukan satu kesalahan mengugut Badan Kehakiman jika ia tidak mempunyai syak wasangka yang munasabah atau tidak menerima sebarang maklumat yang boleh dipercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan apabila ia memulakan penyiasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali,” jelas Koo Ham dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Kenyataan Koo Ham itu juga dibuat sebagai jurucakap bagi Ahli-Ahli Parlimen DAP mengenai undang-undang dan Parlimen.
Tambah Koo Ham, pengumuman secara terbuka oleh SPRM mengenai siasatan terhadap Mohd Nazlan juga menjejaskan kedudukan Badan Kehakiman.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Beruas itu menegaskan kekhuatiran beliau dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung siasatan itu.
"Pengumuman secara terbuka penyiasatan terhadap seseorang hakim menjejaskan kedudukan Badan Kehakiman. Tindakan terhadap seseorang hakim mestilah berdasarkan bukti konkrit yang dikumpul dan diserahkan kepada pihak yang berkenaan untuk diambil tindakan di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan
"Saya berasa khuatir dengan kenyataan Tan Sri Azam Baki bahawa siasatan telah dimulakan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali semata-mata kerana aduan telah dibuat kepada SPRM.
"Pandangan beliau jelas salah dari segi undang-undang. Undang-undang membenarkan sesuatu penyiasatan dimulakan apabila terdapat syak wasangka yang munasabah atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima bahawa suatu kesalahan telah dilakukan," jelasnya lagi.
Tegasnya, SPRM dan polis tidak boleh memulakan sesuatu penyiasatan berdasarkan suatu laporan atau aduan yang tidak berasas.
Koo Ham berkata, Seksyen 29 Akta SPRM 2009 memperuntukkan kuasa kepada SPRM untuk menyiasat jika mempunyai sebab untuk mengesyaki sesuatu kesalahan dilakukan.
"Seksyen 29 (3) menyatakan seperti berikut, ‘jika seseorang pegawai suruhanjaya mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan suatu kesalahan di bawah akta ini berikutan suatu aduan yang dibuat... atau maklumat diterima selainnya olehnya, dia hendaklah menyebabkan penyiasatan dibuat...’
"Jelas sekali seseorang pegawai SPRM tidak boleh memulakan siasatan semata-mata kerana laporan telah dibuat tetapi syarat bahawa terdapat sebab atau maklumat yang berasas mesti dipatuhi terlebih dahulu," tambah beliau.
Raja Petra perlu buat laporan
Mengulas mengenai laporan yang diterima SPRM, Koo Ham berkata, sekiranya laporan terbabit dibuat berdasarkan tulisan Raja Petra Kamaruddin dalam sebuah portal Malaysia Today baru-baru ini, kredibiliti penulis blog itu diragui.
Bahkan, kata beliau, bukti-bukti untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra juga perlu ditampilkan.
"Jika laporan dibuat kepada SPRM berdasarkan tulisan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang diragui kredibilitinya dalam portal Malaysia Today, laporan tersebut adalah khabar angin semata- mata.
"Raja Petra Kamaruddin mesti tampil membuat laporan dan memberikan bukti-bukti untuk mengesahkan dakwaannya. Jika Raja Petra Kamaruddin tidak berani tampil membuat laporan, beliau adalah seorang yang tiada kredibiliti.
"Jika SPRM mengikut membuta tuli mendakwa orang yang kredibiliti diragui, ia menunjukkan dengan jelas kekurangan profesionalisme dan juga ketidakcekapan SPRM," jelasnya lagi.
Justeru, Koo Ham menggesa SPRM dapat menunjukkan syak wasangka yang munasabah atau bukti yang boleh dipercayai berhubung siasatan itu.
Sekiranya tiada, tambahnya, tindakan mesti diambil terhadap Azam kerana melakukan kesalahan mengugut Badan Kehakiman dengan siasatan berkenaan.
"Melainkan ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki boleh menunjukkan terdapat syak wasangka yang munasabah atau bukti yang boleh dipercayai bahawa Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah melakukan kesalahan, beliau harus menghentikan siasatan terhadap Datuk Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali serta-merta.
"Jika tidak, tindakan mesti diambil terhadap beliau kerana melakukan kesalahan mengugut Badan Kehakiman. Pengumuman secara terbuka tentang penyiasatan terhadap seseorang hakim menjejaskan kedudukan Badan Kehakiman.
"Tindakan terhadap seseorang hakim mestilah berdasarkan bukti konkrit yang dikumpul dan diserahkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan diambil di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai peruntukan-peruntukan tentang tempoh perkhidmatan, salah laku dan penyingkiran seseorang hakim," katanya lagi.
Fareez Azman
Tue Apr 26 2022

Ngeh Koo Ham mempersoal tindakan SPRM yang telah memulakan siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya. - Gambar fail

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Banjir | Paras air meningkat di beberapa kawasan
Peralihan angin monsun membawa banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia. Sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. Antara terkesan, Jepun, Australia dan Serbia. Kita ikuti rangkuman ini.

COVID-19 | Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
Bermula Isnin depan, China mewajibkan individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 untuk mendapatkan suntikan sebelum memasuki tempat sesak di Beijing. Republik itu adalah yang pertama memperkenalkan mandat itu berikutan berdepan dengan kes sporadik baharu.

Koo Ham persoal siasatan ke atas Hakim Mohd Nazlan tanpa syak wasangka
Penyiasatan hanya boleh dimulakan sekiranya wujud syak wasangka atau maklumat yang diterima bahawa suatu kesalahan telah dilakukan.

Tempoh tiga bulan untuk ADUN Perak isi borang isytihar harta - Speaker
Akuan Berkanun borang pengisytiharan harta ADUN telah dihantar pada mereka secara pos (Pos Laju) pada 21 Ogos 2019 untuk dilengkapkan.

Dakwaan rogol pembantu rumah warga Indonesia: peguambela hantar representasi
Barisan peguambela Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong telah membuat representasi kepada Peguam Negara, agar menarik balik pertuduhan terhadap exco itu.

Ngeh lapor polis terima 'bukti' baharu kes rogol membabitkan Exco
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini pada jam 10.15 malam.

ADUN Perak perlu isytihar harta
Mereka dikehendaki mengisytiharkan harta mereka, harta milik pasangan masing-masing, anak-anak dan akaun pemegang amanah, kepada Speaker DUN dalam masa tiga bulan selepas usul diluluskan.

'Berani kahwin, berani daftar, berani tanggung!' - Azis Jamman
Mana-mana individu yang berkahwin dengan bukan warganegara Malaysia digesa mendaftar perkahwinan mereka bagi mengelak kesulitan dihadapi anak pasangan itu kelak.

Pembangkang Perak protes, keluar Dewan
Ahli Parlimen pembangkang Perak bertindak keluar dewan bagi memprotes cara Speaker, Datuk Ngeh Koo Ham, mengedalikan persidangan.

Bukan RM75 juta, tapi RM82 juta - Ngeh Koo Ham
Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham menjelaskan harta yang diisytiharkan beliau bukan, RM75 juta, tetapi RM82 juta.

Ngeh Koo Ham miliki aset RM75 juta
Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham merekodkan jumlah pengisytiharan harta tertinggi berjumlah RM75,816,184.00.

Gara-gara Dewan kosong, Khairy cadang tukar Mesyuarat Kabinet ke Jumaat
Ahli parlimen pembangkang, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya Kerajaan mengadakan Mesyuarat Kabinet pada hari Jumaat untuk barisan Menteri, Timbalan Menteri dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat.