Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) hari ini mengumumkan pulangan dividen sebanyak 11 peratus bersamaan RM4.25 juta kepada 222,298 anggotanya sekali gus mengatasi pencapaian pemberian dividen sebanyak lapan peratus pada 2018.
Ketua Pegawai Eksekutif Koop Sahabat, Mazri Mahmood berkata, pembayaran dividen itu adalah berdasarkan modal syer bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 di mana dividen bersih yang diterima oleh setiap anggota adalah berjumlah 11 peratus selepas ditolak pemotongan zakat berjumlah 8.5 peratus.
Jelasnya, keupayaan Koop Sahabat untuk membayar dividen bersih berjumlah 11 peratus banyak dibantu oleh aktiviti perniagaan Ar-Rahnu yang telah menyumbang pendapatan bersih sebanyak RM6.7 juta berbanding RM4.8 juta pada tahun 2018.
"Pemberian dividen ini jelas membuktikan Koop Sahabat berkemampuan memberikan pulangan yang tinggi secara konsisten kepada anggotanya berkat usaha berterusan pihak Koop Sahabat melabur dalam sektor perniagaan bernilai tinggi yang menjamin keuntungan kepada ahli-ahlinya terutama dalam golongan B40.
"Koop Sahabat sentiasa berusaha membantu anggotanya dalam pemberian dividen dan penerimanya adalah dalam kalangan usahawan B40.
"Di samping dapat membantu meringankan sedikit beban kewangan kepada anggotanya, dividen diberikan diharap dapat menjadi rangsangan kepada golongan terbabit bagi memajukan perniagaan yang diceburi," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-7 Koop Sahabat di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Dalam kata itu kata Mazri, Pelan Strategik Koop Sahabat bagi tempoh 2020-2024 yang direncanakan meliputi tadbir urus korporat, integriti dalam penyampaian perkhidmatan dan penerokaan peluang-peluang perniagaan dan pelaburan baru bernilai tinggi yang mampu memberikan keuntungan kepada Koop Sahabat.
"Gerakan koperasi berhadapan dengan pelbagai cabaran baharu dari dalam dan luar yang mempengaruhi prestasinya, jika sebelum ini cabarannya adalah seperti proses liberalisasi pasaran, kemunculan teknologi baru dan perkembangan ICT yang menuntut koperasi memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan daya saing dan daya tahan.
"Bagi mengukuhkan hala tuju dan mencapai sasaran dalam tempoh lima tahun akan datang, Koop Sahabat telah merangka Pelan Strategik 2020-2024 yang akan dilaksanakan dengan penuh fokus dan bersungguh-sungguh terutama pasca pandemik COVID-19.
"Ini kerana Koop Sahabat memikul tanggungjawab penting dalam mengurus dan mentadbir dana yang datangnya dari 221,000 anggota di seluruh negara yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Koop Sahabat untuk diuruskan sebaiknya dan sudah tentu jika pelan strategik yang kita rancang dapat direalisasikan dengan baik, pelbagai kejayaan demi kejayaan dapat dilakar pada masa akan datang," ujarnya.
Koop Sahabat memiliki perniagaan berskala besar seperti perhotelan, perladangan, kilang pembuatan makanan melalui pengumpulan modal anggota di dalam koperasi milik Sahabat AIM.
Tahun lalu, buat pertama kalinya AIM menerima dividen daripada anak syarikat tunggalnya, AIM Sdn. Bhd. berjumlah RM 1.18 juta.
Astro Awani
Sat Aug 29 2020
Pengerusi Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor, (3 dari kanan) bersama ahli -ahli Lembaga Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad semasa Mesyuarat Agung perwakilan Tahunan kali ke tujuh. - Gambar Koop Sabahat
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KUSKOP sasar salur Dana PENN sepenuhnya hujung tahun ini - Ramanan
KUSKOP mensasarkan untuk menyalurkan keseluruhan Dana Khas PENN berjumlah RM50 juta yang disediakan kepada Sahabat Usahawan India AIM pada hujung tahun ini.
AIM umum dana khas RM50 juta bantu usahawan wanita India
Dana RM50 juta menggunakan dana dalaman AIM akan memberi manfaat kepada lebih 7,100 sahabat usahawan India yang baharu.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM
AIM dan Perkeso memeterai MoU bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
KKAIMB sumbang RM50,000 bantu asnaf di Pulau Pinang
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) memperuntukkan sebanyak RM50,000 sebagai sumbangan zakat kepada 250 asnaf di seluruh Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
1,677 usahawan AIM, Tekun terima Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Ia khusus untuk mangsa banjir besar Disember tahun lalu dan banjir pada Feb 2022 yang melanda Pahang, Kelantan dan Terengganu.
2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.
AIM turunkan caj pengurusan 2 peratus untuk empat skim pembiayaan
Penurunan caj daripada 10 peratus kepada 8 peratus itu akan berkuat kuasa selama dua tahun mulai 2022 hingga 2023.
Shabudin Yahaya dilantik Pengerusi AIM baharu
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu pernah dilantik sebagai hakim mahkamah syariah sebelum menjawat jawatan Pengerusi Felcra Berhad.
Lajim Ukin kini ditidurkan akibat jangkitan COVID-19 - Sumber
Menurut sumber, Lajim ditidurkan sekitar jam 2 petang tadi selepas 12 hari dimasukkan ke Hospital KPJ Sabah.