Skip to main content

Dunia

OIC kutuk sekeras-kerasnya pembukaan kedutaan Somaliland di Baitulmaqdis

41690627893_OIC.jpg
OIC menegaskan bahawa tindakan berkenaan adalah menyalahi undang-undang serta merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap Piagam PBB dan resolusi berkaitan.

JEDDAH: Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya pembukaan kedutaan oleh wilayah Somaliland di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Sekretariat Agung itu menegaskan bahawa tindakan berkenaan adalah menyalahi undang-undang serta merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi berkaitan.

Ia turut menegaskan bahawa Israel, sebagai kuasa pendudukan tidak mempunyai kedaulatan ke atas Baitulmaqdis yang diduduki dan semua keputusan serta langkah yang bertujuan mengubah status politik, perundangan atau demografi bandar itu adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa.

Sekretariat Agung itu menegaskan semula solidariti penuh terhadap Somalia serta sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kedaulatan negara dan keutuhan wilayahnya, sambil menggesa masyarakat antarabangsa mengambil pendirian tegas terhadap tindakan menyalahi undang-undang itu serta menentangnya.

-- BERNAMA-WAFA

 

Must Watch Video

Advertisement