KUALA LUMPUR: Mana-mana koperasi yang terjejas pendapatannya akibat kesan pandemik COVID-19 ditawar membuat penjadualan semula bayaran balik pembiayaan Tabung Modal Pusingan-Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) selepas tamat tempoh moratorium pada 30 September 2020.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain itu, koperasi diberi peluang untuk mendapat pembiayaan TMP-SKM sehingga RM100,000 tanpa cagaran dengan grace period (tempoh penangguhan) selama enam bulan.
"Lanjutan daripada pengumuman kerangka Inisiatif Tambahan Khas, Kita Prihatin yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September 2020 yang lalu, Kerajaan melalui MEDAC telah melaksanakan inisiatif khas kepada koperasi-koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Langkah ini bagi membantu koperasi dalam menghadapi kelembapan operasi perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Terdahulu, Mas Ermieyati melakukan lawatan kerja ke Koperasi Keluarga Haji Sharief Melaka Berhad untuk melihat aktiviti koperasi iaitu ternakan ayam kampung dan fertigasi cili sentel.
Koperasi ini telah didaftarkan pada 24 Jun 2020 dengan modal syer sebanyak RM32,500.
Koperasi ini mempunyai seramai 28 orang anggota dan ditunjangi enam Anggota Lembaga Koperasi.
Mas Ermieyati kemudian mengadakan lawatan ke Koperasi Komong Jasin Berhad.
Koperasi ini didaftarkan pada 6 Julai 2018 dengan memiliki modal syer sebanyak RM5,000 hasil penglibatan 50 anggota.
Koperasi ini diterajui oleh enam orang anggota Lembaga Koperasi (ALK) dengan menjalankan aktiviti tanaman jagung mutiara dan silaj batang jagung.
"Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah meluluskan permohonan Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBKK) sebanyak RM25,000 bagi mengatasi kesan kerugian akibat banjir yang membadai koperasi pada hujung tahun 2020.
"Koperasi ini juga merupakan salah satu koperasi yang terlibat di bawah Program Desa Lestari (PDL) anjuran Bahagian Pengupayaan Ekonomi, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan geran yang diluluskan sebanyak RM846,650 pada tahun 2017.
"Kelulusan tersebut dikhaskan bagi membiayai projek tanaman jagung seluas 46 ekar di kawasan Kampung Chin Chin Jasin Melaka," ujarnya.
Jelasnya, aktiviti tersebut memberi manfaat, limpahan ekonomi serta peluang perniagaan kepada komuniti setempat yang juga merupakan anggota-anggota koperasi.
Program Explorasi diakhiri dengan lawatan ke Koperasi Ibu Bistari Melaka Berhad. serta tinjauan terhadap aktiviti pusat kecantikan dan urutan spa yang dijalankan pihak koperasi.
"Koperasi ini merupakan salah satu koperasi di negeri Melaka yang mengkhaskan keanggotaannya kepada golongan wanita sahaja.
"Kemapanan koperasi ini ditunjukkan seawal pendaftarannya pada 23 Mac 2019 hasil komitmen modal syer terkumpul sebanyak RM25,180 oleh 158 orang anggota," katanya.
Menurut rekod perangkaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Melaka (SKM Melaka) bagi tahun 2020, sebanyak empat akaun pembiayaan TMP-SKM telah diluluskan kepada koperasi di negeri Melaka dengan jumlah pembiayaan berjumlah RM600,000.
Bagi tahun 2021, jumlah pembiayaan TMP-SKM diperuntukkan kepada koperasi di negeri Melaka adalah sebanyak RM4.3 juta.
Manakala bagi skim Bantuan Pembangunan Perniagaan Koperasi pula, bagi tahun 2020 sebanyak 5 buah koperasi telah mendapat kelulusan dengan melibatkan penyaluran dana berjumlah RM277,521.
Bagi tahun 2021, jumlah skim Bantuan Pembangunan Perniagaan yang ditawarkan kepada koperasi di Melaka adalah sebanyak RM270,000.
Katanya lagi, sehingga 31 Disember 2020 jumlah koperasi yang berdaftar di bawah penyeliaan SKM Melaka adalah sebanyak 447 buah koperasi dengan memiliki bilangan anggota keseluruhan sebanyak 145,711 orang.
"Komitmen jumlah modal syer atau yuran dan aset-aset terkumpul masing-masing adalah berjumlah RM106.84 juta dan RM494.83 juta.
"Manakala bagi turnover (perolehan) keseluruhan koperasi yang berdaftar di negeri Melaka adalah berjumlah RM72.78 juta," jelasnya.
Astro Awani
Fri Feb 26 2021

MAS ERMIEYATI: 'Langkah ini bagi membantu koperasi dalam menghadapi kelembapan operasi perniagaan berikutan pelaksanaan PKP dan PKPB.' - Foto MEDAC

Tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan Darurat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyddin Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung kalimah Allah - Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkara lain masing-masing solat, Baitullah dan Kaabah.

Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Perdana Menteri memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

COVID-19: KKM hantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April - Dr Adham
Keputusan tersebut diambil susulan lawatan dan tinjauannya ke fasiliti Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID-19 (PKRC) di Stadium Perpaduan di Kuching.

KKM cadang kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini ditangguhkan - Adham Baba
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu susulan kes penularan COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung ketidakpatuhan di bazar Ramadan.

Perdana Menteri saran sektor swasta manfaatkan teknologi baharu
Beliau menjelaskan pandemik COVID-19 telah menjadi penyebab untuk mempercepat penerapan penyelesaian digital

Thailand resah, kes COVID-19 tiba-tiba semakin banyak
Pihak kerajaan dan rakyat negara itu menyedari bahawa mereka sedang berdepan penularan gelombang ketiga.

COVID-19: Bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara itu.

'Saya peluk anak, azan sekuat hati'
Ketika itu angin kuat berserta hujan lebat menyebabkan bumbung rumah tercabut dan sebahagian dinding juga jatuh.

MEDAC bakal buka universiti berteraskan koperasi dan keusahawanan
Institut pendidikan itu kini dalam peringkat penyediaan kertas kerja sebelum perbincangan lanjut diadakan dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Pengajian Tinggi.

TransKoM 2021-2025 pemacu pembangunan koperasi - Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin berkata pelan itu dapat memacu pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing sekali gus memberi manfaat kepada sosioekonomi rakyat.

Bekas Pengerusi Angkasa Perlis dituduh palsu dokumen
Hakim Datuk Ibrahim Osman, membuat keputusan itu terhadap Ismail Hashim, 70, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

SME Bank: Sembilan usahawan berentap dalam SUKSES 4.0
Program realiti 13 episod itu bakal menampilkan sembilan usahawan daripada pelbagai industri.

TransKoM 2021-2025 tingkatkan rantaian nilai ekonomi ahli koperasi B40
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi berkata, ia sekali gus akan mengukuhkan bakat dan pembangunan modal insan.

CBP sasar 200 koperasi membabitkan jumlah deposit RM100 juta
Pengerusinya, Kamari Zaman Juhari, berkata setakat Disember tahun lalu, sebanyak 128 koperasi telah mendeposit ke dalam ADK di CBP dengan jumlah deposit yang diterima mencecah RM66 juta.

WarungKu, platform e-dagang tempatan akan dilancar tidak lama lagi - MEDAC
Ia sebagai inisiatif kerajaan untuk meringankan kos ditanggung para usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka, kata Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Strategi untuk PKS, koperasi kembali mekar pasca pandemik
Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid memberi beberapa cadangan yang boleh diambil kerajaan dan para usahawan sendiri.

Bekas KPN tamat zaman duda
Mohamad Fuzi selamat bergelar suami kepada Noraesyah dengan sekali lafaz selepas diijabkabulkan di sebuah masjid di Seri Manjung, Manjung pada jam 11 pagi, Sabtu.

Kadar kebolehpasaran graduan rekod 84.4 peratus bagi tahun 2020
Data itu bagaimanapun melepasi unjuran awal KPT iaitu sebanyak 75 peratus berikutan situasi negara ketika itu yang dilanda pandemik COVID-19.