KUALA LUMPUR: Hampir 31 peratus daripada populasi Malaysia sudah menerima suntikan suntikan pertama vaksin COVID-19 setakat Isnin.
Tentunya, sumbangan petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ke arah usaha mencapai imunisasi kelompok tidak boleh dilupakan.
Walaupun hari ini umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, namun hampir semua PPV dibuka dan beroperasi seperti biasa.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, demi tanggungjawab yang digalas, kira-kira 300 petugas PPV di World Trade Center (WTC) terus menunaikan amanah mereka.
Salah seorang petugas, Nor Zaini Rakimen menyifatkan bekerja di PPV pada hari Aidiladha sebagai 'pengorbanan' sebenar buat dirinya.
"Walaupun tidak dapat beraya dengan keluarga, tapi tak apa. Saya anggap ini saya bentuk 'pengorbanan' kepada negara pada Aidiladha," katanya di sini, pada Selasa.
Sementara itu, Intan Tantiyana Puteri Jaafar mengakui perasaannya bercampur baur kerana tidak dapat menyambut Aidiladha bersama keluarga.
"Ini pertama kali, saya tidak beraya bersama keluarga. Saya tak nafikan saya sedih, tapi saya berbangga kerana saya menjadi salah seorang petugas yang bersama-sama untuk membantu kerajaan untuk membentuk imunisasi kelompok," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai WTC, Mohd Yusri Junos berkata, PPV mega itu memberi suntikan kepada kira-kira 18,000 dos, setiap hari.
"Bagi memastikan program PICK berjalan lancar, kira-kira 300 petugas PPV di WTC bekerja. Saya tengok ramai yang memakai pakaian raya, sebagai menghargai semua petugas, kami di WTC menyediakan juadah raya seperti lemang dan rendang," tambahnya.
Tinjauan juga mendapati, rata-rata petugas memakai baju raya berwarna warni sekali gus menceriakan suasana PPV itu.
Menarik lagi, petugas bukan Melayu turut serta mengenakan pakaian raya termasuk baju kurung dan baju Melayu lengkap bersampin.
Umavathi Ramayah
Tue Jul 20 2021
Mohd Yusri Junos (dari kiri), Nor Zaini Rakimen dan Intan Tantiyana Puteri Jaafar menyifatkan bekerja di PPV pada hari Aidiladha sebagai 'pengorbanan' sebenar buat diri mereka. - Gambar Astro AWANI
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
COVID-19: KKM teliti trend tempahan slot vaksinasi di PPV
KKM sedang meneliti trend tempahan janji temu slot vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan akan meningkatkan jumlah slot di pusat yang mempunyai permintaan vaksinasi tinggi.
COVID-19: 234 PPV tersedia di Klinik Kesihatan seluruh negara
Sebanyak 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan di Klinik Kesihatan di seluruh negara sehingga kini.
Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.
Keputusan tutup PPV Mega memandangkan kos sewa tinggi - Khairy
Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega mulai 16 Mac ini memandangkan penyewaan lokasi pusat itu membabitkan kos yang tinggi.
Vaksin COVID-19: Tambah PPV Walk-In, percepat vaksinasi kanak-kanak - Khairy
Ia seiring usaha mempergiatkan vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).
Hanya 14 peratus penduduk Sabah ambil dos penggalak - Masidi
Masidi mengajak orang ramai agar segera mendapatkan dos penggalak di klinik-klinik kesihatan terdekat dan di pusat-pusat pemberian vaksin dos penggalak.
MySejahtera buka helpdesk di PPV WTCKL, IDCC
Sebuah helpdesk secara fizikal akan dibuka di beberapa lokasi sebagai penyelesai kepada masalah yang berbangkit termasuk sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.
Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.
Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco
Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid.
Empat PPV Integrasi dibuka untuk vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus mulai esok
Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang akan menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus kepada penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula esok.