awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba

Bernama
Bernama
19/06/2024
08:48 MYT
Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba
Nasihat gelombang haba itu dikeluarkan di banyak kawasan di seluruh negara, termasuk ibu kota Seoul dan wilayah sekitar Gyeonggi.- Gambar fail/Reuters
SEOUL: Agensi cuaca Korea Selatan pada Rabu mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara.
Nasihat gelombang haba itu dikeluarkan di banyak kawasan di seluruh negara, termasuk ibu kota Seoul dan wilayah sekitar Gyeonggi, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), lapor Xinhua.
Nasihat itu dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka kekal melebihi 33 darjah Celsius selama lebih daripada dua hari berturut-turut.
Suhu diramalkan mencecah setinggi 37 darjah Celsius di Goyang, utara Seoul.
Suhu harian dijangka mencapai 36 darjah di bandar pedalaman tenggara Daegu, 35 darjah di Seoul dan 33 darjah di bandar pelabuhan tenggara Busan.
Gelombang haba dijangka melanda kawasan tengah negara buat sementara waktu, tetapi awan tebal dan hujan diramal menurunkan suhu di wilayah selatan dan pulau selatan Jeju pada Khamis.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#nasihat gelombang haba
#Seoul
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan