awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Tiada halangan sebarang perhimpunan atau persidangan diadakan - TPM

Fareez Azman
Fareez Azman
29/01/2020
08:57 MYT
Koronavirus: Tiada halangan sebarang perhimpunan atau persidangan diadakan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berucap pada sidang media di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara ( CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Semua jenis perhimpunan atau persidangan secara besar-besaran masih boleh terus berlangsung di negara ini termasuk yang melibatkan peserta antarabangsa.
Ujar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah, sehingga kini tiada sebarang arahan mahupun prosedur dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melarang sesuatu perhimpunan diadakan di negara yang terlibat dengan kluster koronavirus (2019-nCoV).
“Setakat ini tiada halangan perhimpunan atau persidangan yang berskala besar melibatkan peserta antarabangsa, WHO tidak mengeluarkan sebarang sekatan perjalanan,” katanya pada sidang media di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.
Hadir sama dalam sidang media itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sambutan perayaan Thaipusam yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Ketika ini Malaysia mencatatkan tujuh kes positif koronavirus yang melibatkan warganegara China.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#Malaysia
#perhimpunan
#perhimpunan dibenarkan
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan