Koronavirus: Video tular pesakit dibawa ke Hospital Ampang palsu - KKM

Bernama
Januari 31, 2020 16:37 MYT
KKM turut menasihati orang ramai untuk sentiasa merujuk dengan sumber sahih melalui saluran yang betul, selain tidak menjadi penyebar maklumat palsu.
Rakaman video tular memaparkan seorang pesakit yang kononnya dijangkiti wabak 2019 novel koronavirus dan dibawa ke Hospital Ampang adalah palsu.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi catatan terbaharu dalam akaun Facebook rasminya memaklumkan perkara itu berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak hospital berkenaan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kecemasan peringkat antarabangsa
KKM turut menasihati orang ramai untuk sentiasa merujuk dengan sumber sahih melalui saluran yang betul, selain tidak menjadi penyebar maklumat palsu.

Ini berita palsu berkenaan novel #koronavirus yang tular hari ini. Kenyataan rasmi mengenai novel Koronavirus hanya dikeluarkan KKM dari semasa ke semasa. Sumber: @KKMPutrajaya Ikuti perkembangan lanjut #KoronaVirus secara langsung di https://t.co/WyXD522rFg #SemakFakta pic.twitter.com/xVO0YsYwwO

— Astro AWANI (@501Awani) January 31, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Platform media sosial rasmi KKM:
  • Facebook - Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Instagram - Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Twitter - KKMPutrajaya
  • -- BERNAMA
    #berita palsu #Hospital Ampang #Kementerian Kesihatan #KKM #koronavirus #maklumat palsu #novel koronavirus #tular koronavirus