awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos umrah naik hanya anggaran, kerajaan Arab Saudi masih belum keluarkan SOP - Dr Zulkifli

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
30/09/2020
09:06 MYT
Kos umrah naik hanya anggaran, kerajaan Arab Saudi masih belum keluarkan SOP - Dr Zulkifli
SOP yang dikeluarkan nanti akan menetapkan bilangan jemaah dalam penerbangan, bilangan jemaah bilik penginapan, bilangan jemaah dalam bas dan lain-lain. - Reuters
KUALA LUMPUR:Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi masih belum mengeluarkan sebarang garis panduan pelaksanaan ibadat umrah dalam suasana pandemik COVID-19 yang masih belum pulih, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Justeru, jelasnya laporan oleh media tempatan yang memaklumkan pertambahan kos menunaikan umrah melebihi RM3,000 hanyalah anggaran yang dinyatakan oleh pihak tertentu seperti agensi-agensi pengelola umrah di negara ini.
"SOP yang dikeluarkan nanti akan menetapkan bilangan jemaah dalam penerbangan, bilangan jemaah bilik penginapan, bilangan jemaah dalam bas dan lain-lain.
"Kos pengangkutan dan penginapan adalah antara yang dijangka mengalami perubahan.
"Sehubungan itu, Agensi Pengelola Umrah disarankan menunggu prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum kos sebenar yang akan dikenakan kepada jemaah yang berhasrat untuk menunaikan umrah dapat ditetapkan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada masa sama, Dr Zulkifli memberi jaminan kerajaan akan sentiasa berusaha mendapatkan perkembangan terkini daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dan bekerjasama dengan agensi terlibat bagi memudahkan pelaksanaan ibadat umrah bagi umat Islam di Malaysia.
BACA: Selepas tangguh 7 bulan, Arab Saudi benar umrah mulai 4 Oktober
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan negara itu akan kembali membenarkan jemaah yang berhasrat menunaikan umrah bermula 4 Oktober ini.
Sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenar menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan.
Topic Berkaitan
#SOP
#Islam
#Arab Saudi
#umrah
#Kementerian Dalam Negeri
#Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#hal ehwal agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan