awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kosovo mahu Serbia tarik balik semua unit tentera dari sempadan

Bernama
Bernama
01/10/2023
05:00 MYT
Kosovo mahu Serbia tarik balik semua unit tentera dari sempadan
Polis Kosovo turut mengumumkan pihaknya merampas senjata selepas operasi dilancarkan di laluan yang digunakan oleh kumpulan bersenjata Serbia yang menyerang dan bertempur dengan polis di Kosovo pada 24 Sept. - Gambar fail/ Reuters
BELGRADE: Kerajaan Kosovo pada Sabtu mahu Serbia segera menarik balik semua unit tentera dari sempadan Kosovo.
"Unit tentera Serbia pada Jumaat mengerahkan tentera dan separa tentera ke 48 markas operasi yang terletak di sepanjang garis sempadan Kosovo, beberapa kilometer dalam wilayah Serbia.
"Turut dikerahkan, termasuk sistem antipesawat dan artileri berat,'' menurut kenyataan kerajaan.
Penempatan itu mengancam integriti wilayah Kosovo dan kehadiran tentera antarabangsa di negara berkenaan, lapor Agensi Anadolu.
"Kami sudah berulang kali menyatakan kebimbangan mengenai kewujudan 48 markas tentera dan separa tentera Serbia ini (di sempadan) dan markas ini menyokong fakta kemungkinan serangan tentera terhadap Kosovo.
"Kami menyeru institusi Serbia dan Presiden (Serbia) Vucic untuk segera mengundurkan semua unit tentera dari sempadan Kosovo dan menutup 28 markas tentera dan 20 markas separa tentera yang menimbulkan ancaman kekal kepada negara kita,'' menurut kenyataan itu.
Polis Kosovo turut mengumumkan pihaknya merampas senjata selepas operasi dilancarkan di laluan yang digunakan oleh kumpulan bersenjata Serbia yang menyerang dan bertempur dengan polis di Kosovo pada 24 Sept.
Pergaduhan tercetus pada Ahad lalu di kampung Banjska di utara Kosovo berhampiran sempadan Serbia, wilayah yang mempunyai populasi etnik Serb, menyaksikan seorang pegawai polis maut dan seorang lagi cedera.
Sejak April lalu, kawasan itu menjadi lokasi pergolakan, apabila etnik Serb tempatan memboikot pilihan raya di utara Kosovo, diikuti bantahan terhadap pemilihan datuk bandar etnik Albania.
Etnik Albania setakat ini merupakan kumpulan terbesar di Kosovo, diikuti oleh Serbia, dengan kira-kira separuh menetap di utara negara itu.
Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia pada 2008 dan mendapat pengiktirafan kebanyakan negara, termasuk Turki.
Tetapi Belgrade tidak pernah mengiktiraf Kosovo dan mendakwa wilayahnya masih sebahagian daripada Serbia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Serbia
#Kosovo
#Sempadan Negara
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan