KOTA KINABALU: Koperasi Usahawan Peniaga Inanam Berhad (KoUPIO) mahu meluaskan pasaran Kopi Kaktus, produk pertama keluaran koperasi itu sehingga ke luar negara, kata Pengerusinya, Datin Esther Sikayun.
Beliau berkata selain memasarkan produk itu di Kuala Lumpur, pihaknya berhasrat untuk mengembangkan lagi potensi pasaran Kopi Kaktus ke negara-negara seperti Singapura, Brunei dan China.
Katanya beliau optimis Kopi Kaktus mampu melebarkan sayapnya berikutan potensi dan keistimewaan produk tersebut.
"Kopi Kaktus ini adalah projek terunggul kami yang baru dikeluarkan dan akan dipasarkan. Ia baru dilancarkan.
"Kami telah berbincang dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang akan memberi sokongan kepada kami untuk membantu memasarkannya kepada koperasi lain yang mempunyai kedai runcit, selain mengambil produk kami dalam setiap program mereka," katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran produk Kopi Kaktus itu, baru-baru ini.
Ia dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick sempena Program Pempromosian dan Penggalakan Koperasi peringkat Parlimen Sepanggar di sini.
Esther berkata pihaknya memilih kopi sebagai produk pertama keluaran mereka kerana melihat minuman itu amat digemari ramai dan mereka memberi nilai tambah dengan menghasilkan kopi campuran antara kopi robusta dan buah kaktus pear berduri.
"Ia didatangkan dalam bentuk paket minuman harian kopi campuran tiga dalam satu supaya ia boleh diminum pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya, sambil menambah kopi kaktus antara lain boleh memberikan kecerdasan badan, mengurangkan tahap kolesterol dan antioksidan.
Esther berkata pihaknya juga akan menjalin kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menghasilkan minyak pati berasaskan serai wangi sebagai produk mereka yang seterusnya.
Sementara itu, Ewon mengalu-alukan inisiatif KoUPIO yang memulakan penanaman serai wangi sebagai bahan mentah untuk tujuan tersebut.
Justeru, katanya pihaknya bersetuju untuk memberikan peruntukan khas sebanyak RM20,000 pada awal tahun depan untuk koperasi itu melaksanakan idea tersebut dalam kalangan ahli dan penduduk sekitar Inanam.
Katanya beliau yakin inisiatif seumpama itu berupaya membawa rakyat yang mempunyai aset seperti tanah untuk diusahakan lebih produktif seterusnya mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.
Mengenai produk Kopi Kaktus, Ewon turut meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 di bawah Skim Pembangunan Produk oleh SKM bagi membangunkan produk itu termasuk dalam aspek pelabelan, pembungkusan dan promosi.
Beliau juga menyarankan penduduk Parlimen Sepanggar khususnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam supaya berusaha menubuhkan koperasi bagi memberi impak positif kepada ekonomi masyarakat.
Setakat ini, katanya sebanyak 81 koperasi berdaftar di Parlimen Sepanggar manakala 40 koperasi dalam kawasan DUN Inanam.
"Saya melihat kawasan Inanam juga berpotensi dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti koperasi dalam komuniti. Sebagai contoh, Koperasi Desa Cinta Kobuni Berhad yang terletak di Kampung Kobuni, melaksanakan aktiviti berkaitan pelancongan seperti rumah inap desa, mendaki dan sewaan van.
"Aktiviti dalam komuniti bukan sahaja dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, bahkan memperkenalkan keunikan sesebuah daerah mahupun kampung tersebut," katanya.
Setakat November lepas, lebih 100 koperasi baharu didaftarkan di Sabah, yang merupakan sebahagian daripada 723 koperasi yang didaftarkan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Ewon mengalu-alukan inisiatif KoUPIO yang memulakan penanaman serai wangi sebagai bahan mentah untuk tujuan tersebut. - Foto BERNAMA
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
KoUPIO mahu produk kopi kaktus dari Sabah tembusi pasaran luar negara
Selain memasarkan produk itu di Kuala Lumpur, pihaknya berhasrat untuk mengembangkan lagi potensi pasaran Kopi Kaktus ke negara luar.