Siasatan menyeluruh dijalankan bagi kenal pasti punca lubang benam di Sungai Ara

Tular di media sosial menunjukkan sebuah lubang benam berhampiran persimpangan jalan. - Gambar fail/Sinar Harian
GEORGE TOWN: Kerja-kerja siasatan dan pemantauan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian sebuah lubang benam terbentuk di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini, semalam.
Ringkasan AI
- Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca terbentuknya lubang benam di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas.
- Laluan ditutup sementara dan aliran trafik dialihkan ke jalan alternatif; agensi utiliti turut menjalankan siasatan menyeluruh terhadap sistem perpaipan di kawasan tersebut.
- Penduduk sekitar mengutarakan kebimbangan terhadap keselamatan dan berkongsi gambar kejadian di media sosial, menunjukkan keprihatinan terhadap keadaan struktur jalan setempat.
"Pihak utiliti iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Indah Water Konsortium (IWK) telah berada di tapak kejadian, untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap sistem perpaipan di bawah seliaan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zairil berkata kerajaan negeri mengambil maklum bahawa penutupan itu memberi kesan kepada aliran trafik setempat dan memohon kesabaran serta kerjasama semua pengguna jalan raya di kawasan tersebut.
Zairil berkata ketika itu, semua agensi yang terlibat sedang berusaha gigih menyelesaikan isu tersebut dengan secepat mungkin, demi keselamatan orang awam.
Terdahulu, tular di media sosial menunjukkan sebuah lubang benam berhampiran persimpangan jalan, sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap risiko keselamatan di kawasan berkenaan.
Insiden itu menarik perhatian penduduk sekitar yang turut berkongsi gambar kejadian di media sosial, menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan struktur jalan di kawasan tersebut.
Lubang benam yang terbentuk di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara itu, berukuran 5 meter (m) panjang dan 3.5m lebar serta berdiameter 1.9m.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


