PUTRAJAYA: Pendedahan menyeluruh kepada isu kos sara hidup kepada orang awam, peserta serta pemegang taruh, antara agenda utama Simposium Kos Sara Hidup 2023 (SCOL 2023) yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Simposium anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu diadakan secara berskala besar selepas kali pertama ia diadakan pada 2021.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Datuk Roziah Abudin berkata sepanjang simposium tersebut, perbincangan akan meliputi hal berkaitan kenaikan harga barang dan perkhidmatan; peranan kerajaan, industri serta pengguna dalam mendepani kos sara hidup.
"Tujuan kita mengadakan simposium ini adalah untuk mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar, bagaimana kerajaan dengan lebih efektif boleh menangani kos sara hidup.
"Kita jemput pakar-pakar ekonomi, sosial dan kewangan untuk sama-sama mengupas isu-isu berkaitan kos sara hidup. Dalam simposium kos sara hidup yang pertama pada 2021, ia antara titik tolak di mana kerajaan pada masa ini mencadangkan untuk melaksanakan penyasaran subsidi.
"Semasa SCOL 2021, antara perkara yang diketengahkan adalah berkaitan menangani kos sara hidup bukan hanya dengan menurunkan harga barang semata-mata, tetapi kita perlu juga melihat antaranya kepada kuasa beli rakyat atau isu kemiskinan," katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
SCOL 2023 dirasmikan oleh pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Pameran dan Konvensyen, IOI City Mall, di sini.
Roziah menambah SCOL 2023 dijangka menjadi medium membina semula ekonomi sebagai satu usaha penambahbaikan kos sara hidup masyarakat secara mampan dan kondusif.
"SCOL kali ini adalah untuk mengetengahkan, apakah tanggungjawab bersama bukan sahaja kerajaan tetapi peranan yang boleh dimainkan oleh pihak industri, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat secara umumnya.
"Kalau lihat tajuk-tajuk kecil yang kami bawakan dalam simposium ini, antaranya ialah berkaitan dengan bagaimana kita nak membezakan antara kos sara hidup dan gaya hidup," ujar beliau lagi.
Jelas beliau, simposium kali ini turut memaparkan pameran kos sara hidup iaitu ‘Gallery Walk’ dan Galeri Bapa Rahmah Negara, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
"Apabila kita melalui 'Gallery Walk', tahap pertama adalah untuk memberikan pendedahan mengenai makna kos sara hidup.
"Segmen kedua, kita mengetengahkan inisiatif-inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menangani kos sara hidup, manakala segmen ketiga adalah berkaitan tumpuan dalam SCOL 2023.
"Menarik juga, para pengunjung yang datang pada simposium ini boleh menebus e-wallet RM20 selepas menjayakan aktiviti yang ditetapkan dalam SCOL 2023," katanya.
Hasimi Muhamad
Tue Nov 28 2023
Roziah (kiri) pada majlis perasmian SCOL 2023 oleh Armizan (tengah) bagi mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Pameran dan Konvensyen, IOI City Mall, Putrajaya - Foto/BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun
Trend kenaikan harga makanan di Jepun dijangka berterusan tahun depan apabila lebih 3,900 barangan makanan akan mengalami kenaikan harga antara Januari dan April, lapor Xinhua.
Belanjawan 2025: KPDN manfaat peruntukan untuk gerak agenda tangani ketirisan
KPDN akan menggunakan peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk menggerakkan agenda menangani ketirisan melalui pemantauan dan penguatkuasaan.
Kajian rapi perlu kait bantuan tunai dengan inflasi - Pakar
Walaupun mengaitkan bantuan tunai dengan inflasi adalah langkah wajar, ia tidak seharusnya diikat terus kepada kadar inflasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
Kerajaan dijangka umum Perintah Gaji Minimum baharu dalam Belanjawan 2025 – Pakar
Kerajaan dijangka mengumumkan Perintah Gaji Minimum (PGM) baharu dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober akan datang.
PJRM bakal diperluas ke pasar awam - Armizan
KPDN akan memperluas pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani di pasar awam secara bersasar yang dijangka bermula Oktober ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 September 2024.
Kerajaan Perpaduan fokus tangani isu rakyat, ekonomi - Fahmi
Menjelang 22 bulan pentadbiran, Kerajaan Perpaduan kekal fokus pada usaha menangani masalah rakyat terutamanya mengenai kos sara hidup.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.