JITRA: Dua notis dikeluarkan ke atas peruncit selepas mengenakan caj tambahan ke atas penjualan telur ayam di daerah Kubang Pasu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati peruncit mendapat bekalan telur ayam daripada luar daerah Kubang Pasu iaitu dari Pulau Pinang dan Alor Setar.
Katanya, tindakan terpaksa diambil selepas sepasukan anggota penguatkuasa KPDN Cawangan Kubang Pasu menjalankan siasatan ekoran aduan pengguna yang tular di media sosial berhubung caj tambahan yang dikenakan.
"Siasatan lanjut ke atas invois belian mendapati pihak pembekal telah mengenakan caj tambahan iaitu kos pengangkutan dan kos pengendalian antara RM0.90 hingga RM3 bagi setiap papan telur menyebabkan pihak peruncit terpaksa menanggung kos tersebut.
"Perbuatan itu, mengakibatkan peruncit terpaksa menanggung kos yang tinggi sehingga terpaksa mengenakan kos tersebut kepada pembeli.
“Berikutan itu pihak kami mengeluarkan dua notis terbabit di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Affendi berkata, pelaksanaan kawalan di bawah akta ini membolehkan kawalan harga dilakukan ke atas barangan harga terkawal bagi semua peringkat iaitu pengeluaran, pemborongan, dan peruncitan ke atas telur gred A, B, dan C.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jan 09 2023
Dua notis dikeluarkan ke atas peruncit selepas mengenakan caj tambahan ke atas penjualan telur ayam di daerah Kubang Pasu. - Foto ihsan KPDN
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
KPDN Kedah rampas diesel dipercayai diseleweng bernilai lebih RM28,000
Dalam serbuan jam 10 malam itu hasil sumber risikan KPDN Putrajaya, pagar stor tanpa lesen itu berkunci dan tiada orang di situ.
KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna di negeri itu.
Sembilan ditahan seleweng diesel lebih RM290,000
Sembilan individu ditahan bersama 135,760 liter minyak diesel bernilai anggaran RM291,884 dipercayai untuk diseleweng dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam.
Menu Rahmah: KPDN Kedah sasar 200 premis menjelang Ramadan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyasarkan sebanyak 200 premis makanan di negeri itu akan menawarkan Menu Rahmah sebelum tibanya bulan Ramadan.
KPDN Kedah rampas 12,000 liter diesel disyaki diseleweng
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas 12,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggar bernilai RM25,800 dipercayai diseleweng, dalam Ops Tiris di sebuah
KPDN kenakan notis terhadap peruncit kenakan caj tambahan
Dua notis dikeluarkan ke atas peruncit selepas mengenakan caj tambahan ke atas penjualan telur ayam di daerah Kubang Pasu.