BACHOK: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) buat julung kalinya melancarkan program Jualan Rahmah Mobil iaitu jualan secara bergerak sempena Hari Raya Aidiladha hujung bulan ini.
Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata program itu akan dilaksanakan mulai 16 hingga 28 Jun ini dan melibatkan 640 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.
"Melalui kaedah ini, KPDN akan melantik pembekal dan membuat jualan secara mobil di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya selain jauh untuk mendapatkan barangan keperluan harian.
"Kaedah ini tidak akan membebankan pengguna kerana barangan datang terus kepada mereka dengan harga secara subsidi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program itu di Tapak Ekspo Pantai Irama di sini hari ini.
Beliau berkata sebelum ini terdapat dua kaedah jualan iaitu di dalam premis yang sesuai seperti pasar raya serta 'hypermarket'; dan di lapangan iaitu KPDN bekerjasama dengan pemimpin tempatan dan pemain industri mengadakan jualan di kawasan Parlimen dan DUN.
KPDN-RAHMAH MOBIL 2 (AKHIR) BACHOK
Fuziah berkata program itu juga akan diadakan dua kali sebulan dengan objektif utama menyediakan barangan keperluan harian kepada masyarakat setempat pada harga mampu milik.
"Inisiatif ini memberi peluang kepada pengguna mendapatkan keperluan asas harian sehingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat, sekali gus meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia MADANI," katanya.
Beliau turut melancarkan sistem Aduan Suri Peringkat Negeri Kelantan dan memaklumkan KPDN menyediakan sembilan saluran aduan bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan memudahkan pengguna.
Katanya, kementerian pada tahun ini mengambil langkah melancarkan semula saluran aduan kepenggunaan sedia ada dengan menambah baik sistem agar lebih mesra pengguna.
"KPDN akan menggiatkan promosi supaya aduan boleh dilaksanakan dengan mudah oleh suri rumah membuat pembelian barangan secara runcit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) buat julung kalinya melancarkan program Jualan Rahmah Mobil iaitu jualan secara bergerak sempena Hari Raya Aidiladha hujung bulan ini. - Foto Facebook Fuziah Salleh
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.