awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Perak rampas 219 tong LPG termasuk dari ladang ayam

Bernama
Bernama
08/05/2025
13:45 MYT
KPDN Perak rampas 219 tong LPG termasuk dari ladang ayam
Kamalludin berkata dalam dua lagi serbuan, pegawai penguat kuasa KPDN Perak menemukan dua lori dengan muatan LPG di hadapan sebuah premis perniagaan dan kediaman. - Gambar KPDN Perak
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas 219 tong gas petroleum cecair (LPG) tanpa permit di tiga lokasi berasingan pada 6 Mei, termasuk dari sebuah ladang ternakan yang menggunakan gas itu untuk memanaskan anak ayam.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata rampasan dilakukan menerusi Op Gasak 2025 di Teluk Intan, Taiping dan Ipoh itu, melibatkan rampasan tong LPG dan dua lori dengan jumlah keseluruhan RM46,995.30.
"Serbuan pertama di ladang ayam di Teluk Intan mendapati, premis itu menyimpan tong LPG tanpa permit dengan pengurus ladang, lelaki tempatan berusia 66 tahun gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamalludin berkata dalam dua lagi serbuan, pegawai penguat kuasa KPDN Perak menemukan dua lori dengan muatan LPG di hadapan sebuah premis perniagaan dan kediaman.
"Dalam serbuan di Ipoh, pasukan penguat kuasa menahan pemilik lori, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun, manakala lelaki tempatan berusia 62 tahun di tahan di Taiping, iaitu pemilik kediaman terlibat, selepas gagal mengemukakan surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#kpdn
#surat kebenaran
#ladang ternakan ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan