awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Perak terima lapan aduan berkaitan pelanggaran peraturan subsidi BUDI95

Bernama
Bernama
17/10/2025
04:16 MYT
KPDN Perak terima lapan aduan berkaitan pelanggaran peraturan subsidi BUDI95
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail (empat, kiri) beramah mesra bersama pengunjung ketika Sesi Walkabout SHMMP Deepavali di sini hari ini. - Foto Bernama
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menerima lapan aduan di sekitar negeri ini berhubung pelanggaran peraturan program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Ringkasan AI
  • KPDN Perak terima 8 aduan berkaitan pelanggaran peraturan program subsidi bersasar BUDI95, melibatkan isu manipulasi meter pam dan isian petrol kurang.
  • Lima aduan selesai, tiga dalam tindakan, tiada kes penyalahgunaan kad pengenalan oleh warga asing untuk subsidi petrol.
  • Pemantauan harga dan bekalan diperketat menjelang musim perayaan Deepavali dan Monsun Timur Laut, dengan 195 anggota penguat kuasa serta 72 pegawai pemantau harga digerakkan.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata lima aduan telah diselesaikan sepenuhnya manakala tiga lagi aduan masih dalam peringkat untuk tindakan selanjutnya berkaitan manipulasi meter pam atau isian petrol yang kurang daripada biasa serta sistem yang digunakan.
"Kita (KPDN) telah melakukan pemeriksaan di stesen minyak terbabit dan mendapati liter (petrol) yang digunakan masih di bawah had selisih yang dibenarkan," katanya pada sidang media selepas pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025 peringkat negeri Perak di sini hari ini.
Dalam pada itu, Kamalludin berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak yang menyalahgunakan kad pengenalan kepada warga asing untuk menikmati subsidi petrol BUDI95.
Pada 22 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter melalui penyasaran subsidi di bawah program BUDI95 dengan kesemua warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah layak menerima subsidi berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Kamalludin berkata pihaknya sentiasa memastikan bekalan makanan asas mencukupi sepanjang musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula awal bulan depan.
"Sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang menyorokkan bekalan makanan dengan tujuan menaikkan harga, kita akan mengambil tindakan tegas," katanya.
Sebanyak 195 anggota penguat kuasa dan 72 pegawai pemantau harga melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi strategik sepanjang pelaksanaan SHMMP Deepavali 2025 yang bermula semalam hingga 22 Okt depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Perak
#pelanggaran peraturan program subsidi bersasar
#BUDI95
#terima aduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan