awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN serbu dua premis hiburan langgar hak cipta, sita set karaoke

Bernama
Bernama
12/09/2024
04:40 MYT
KPDN serbu dua premis hiburan langgar hak cipta, sita set karaoke
Premis yang diserbu merupakan pusat hiburan berlesen yang menyediakan perkhidmatan karaoke dan hasil serbuan mendapati perisian karya muzik itu melanggar hak cipta. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Dua premis hiburan disyaki melakukan pelanggaran hak cipta terhadap karya yang didaftar dan digunakan tanpa kebenaran bagi tujuan komersial di Jalan Sri Bahari dan Jalan Kek Chuan di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang semalam.
Pengarah KPDN negeri S. Jegan berkata seramai 20 anggota penguat kuasa KPDN bersama lapan wakil Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menyertai serbuan tersebut, susulan aduan daripada wakil pemilik hak cipta.
Beliau berkata premis itu merupakan pusat hiburan berlesen yang menyediakan perkhidmatan karaoke dan hasil serbuan mendapati perisian karya muzik itu melanggar hak cipta di bawah kesalahan Akta Hak Cipta 1987.
"Sitaan dilakukan ke atas pelbagai peralatan elektronik iaitu set karaoke yang mengandungi beberapa jenis perisian karya muzik yang disyaki salinan langgaran 14 lagu, enam unit mikrofon, satu set karaoke digital audio, empat set pembesar suara, dua televisyen dan satu unit sistem karaoke layar sentuh yang dianggarkan bernilai RM30,000 untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jegan berkata serbuan itu dibuat selepas kedua-dua premis itu masih berdegil dengan melakukan pelanggaran hak cipta karya meskipun sudah berulang kali diberi amaran dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Hak Cipta 1987.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak yang menggunakan mana-mana karya hak cipta bagi aktiviti perniagaan supaya memohon kelulusan daripada pemilik hak cipta atau tindakan tegas akan diambil sekiranya karya itu didapati dicetak rompak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#langgar hak cipta
#premis hiburan
#karaoke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan