KULIM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima sebanyak 47 aduan berkaitan isu beras, sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Jamin yang bermula pada 7 Julai sehingga 2 Sept.
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata aduan itu, berkaitan beras dijual pada harga tinggi daripada pasaran serta satu aduan berkaitan beras campuran iaitu dipercayai campuran beras tempatan dengan beras import.
"Bermula 7 Julai, KPDN dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melakukan 1,053 pemeriksaan di seluruh negara menerusi Ops Jamin, membabitkan pengilang, pemborong dan peruncit.
"KPDN menerima satu aduan mengenai beras yang dicampur, ada kemungkinan dicampur antara beras tempatan dan beras import, tetapi sukar dibuktikan (kerana tiada bukti dikemukakan pengadu)," katanya selepas pelancaran Inisiatif Payung Rahmah bersama Rakan Strategik KPDN, SJ Circle Sdn Bhd di Kulim Industrial Estate di sini hari ini.
Untuk rekod, Ops Jamin dilancarkan bagi membanteras isu penukaran label kampit beras, yang dikhuatiri berlaku berikutan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI).
Fuziah berkata kesemua aduan itu, akan dikemukakan kepada pihak KPKM berikutan isu mengenai bekalan beras tertakluk di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).
"Berbanding barang lain termasuklah gula dan minyak, tindakan berhubung isu beras ini di luar bidang kuasa KPDN...namun semua aduan yang kita terima akan dipanjangkan kepada KPKM," katanya.
Beliau berkata KPDN turut memberi jaminan, akan menggiatkan pemeriksaan melalui Ops Jamin bagi membanteras isu penukaran label kampit beras, yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi BPI.
Sementara itu, Fuziah berkata Inisiatif Payung Rahmah menerusi empat teras utama iaitu Jualan Rahmah, Menu Rahmah, Bakul Rahmah dan Pakej Rahmah, merupakan manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan Persekutuan kepada rakyat negara ini, khususnya golongan berpendapatan rendah.
"Menerusi kerjasama dengan rakan strategik SJ Circle Sdn Bhd, kita menambah satu lagi produk Jualan Rahmah, iaitu lampin pakai buang untuk bayi dan kanak-kanak jenama Midori, akan dijual pada harga istimewa RM19.99/paket dan hanya dijual menerusi Jualan Rahmah Bergerak.
"Kita juga sedang mengadakan perbincangan agar produk lampin pakai buang dewasa dan tuala wanita, dapat dijual pada harga 'Rahmah'," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Fuziah berkata aduan itu berkaitan beras dijual pada harga tinggi daripada pasaran serta satu aduan berkaitan beras campuran iaitu dipercayai campuran beras tempatan dengan beras import. -Gambar fail/Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi menerusi pindaan perlembagaan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
KPDN jamin bekalan keperluan asas di negeri terjejas banjir mencukupi
KPDN memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.
Program Penyeragaman Harga: KPDN buka 1,770 pusat penjualan seluruh negara
KPDN telah mewujudkan 1,770 pusat penjualan (Point of Sale) menerusi Program Penyeragaman Harga (PPH) di seluruh negara tahun ini.
KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
Belanjawan 2025: KPDN ada kaedah kesan cubaan naikkan harga barangan
KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga termasuk produk bergula.
Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.
KPDN perluas kempen ‘JOM KOSONG' secara berperingkat
KPDN akan memperluas kempen 'JOM KOSONG' secara berperingkat dalam usaha mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia.