awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih

Bernama
Bernama
23/03/2023
06:22 MYT
KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas. -Facebook KPDN
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi sebanyak 5,000 liter dalam serbuan di sebuah premis di Semenyih, Selangor, pada Selasa lepas.
Ketua Pengarah KPDN Datuk Azman Adam berkata dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel, turut dirampas.
"Minyak diesel, pam bermotor, paip penyambung, beberapa dokumen berkaitan serta peralatan lain ditemukan di lokasi serbuan dan disita membabitkan nilai keseluruhan rampasan RM13,250," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat terlibat dalam aktiviti tersebut, serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuk sumber minyak diesel ini diperoleh dan diedarkan.
Sementara itu, katanya sepanjang pelaksanaan Ops Tiris bermula 1 Mac sehingga 21 Mac di seluruh negara, sebanyak 2,582 pemeriksaan dilakukan dengan 69 kes dihasilkan membabitkan keseluruhan nilai rampasan RM1.27 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diesel
#Semenyih
#Ops Tiris
#Azman Adam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan