JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor hari ini menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak masak dengan cara memindahkan minyak masak bersubsidi ke dalam tangki.
Pengarah KPDNHEP negeri Mohd Hairul Anuar Bohro berkata hasil serbuan yang dijalankan pada pukul 9 pagi tadi mendapati sebanyak 24,819 kg minyak masak bersubsidi sudah dipindahkan ke dalam tangki.
"Sejumlah 53,974 kg minyak masak yang ditemui di tempat kejadian telah disita dan daripada angka itu sebanyak 24,819 kg minyak masak sudah dipindahkan ke dalam tangki manakala selebihnya iaitu sebanyak 29,155 pek plastik 'polybag' masih dalam keadaan paket," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kilang berkenaan dipercayai memperoleh bekalan minyak masak bersubsidi dalam peket satu kilogram daripada beberapa kilang pembungkus minyak masak di sekitar Kuantan dan Lembah Klang sebelum dibawa ke Pasir Gudang.
Beliau berkata selain itu, dua lori treler, dua forklift, sebuah motosikal, beberapa peralatan termasuk mesin pengisar, pam pemampat, tangki lori, hos getah turut disita dan jumlah keseluruhan nilai rampasan kira-kira RM359,135.
Katanya susulan itu tiga lelaki tempatan berumur 30 hingga 40 tahun yang merupakan pemandu lori dan pekerja yang disyaki memindahkan bekalan minyak masak dari lori ke dalam kilang terbabit ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
"Kilang itu tidak memiliki kebenaran menyimpan atau berurusan dengan barang kawalan berjadual iaitu minyak masak, malah terdapat beberapa jenama minyak masak yang disimpan secara tidak sah," katanya sambil menambah siasatan juga akan dijalankan ke atas pemilik kilang dan pembekal minyak masak terbabit.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Akta 613).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 26 2021
Serbuan yang dijalankan pada pukul 9 pagi Sabtu mendapati sebanyak 24,819 kg minyak masak bersubsidi sudah dipindahkan ke dalam tangki. - Gambar/ Astro AWANI
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.
Tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1kg di Pulau Pinang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesahkan tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1 kilogram (kg) dalam pasaran di negeri itu.
KPDNHEP tempatkan 12 mesin retort di seluruh negara
KPDNHEP melalui Sekretariat Food Bank Malaysia sehingga kini telah menempatkan sebanyak 12 unit mesin retort di premis hotel dan katering di 10 negeri.
Penetapan harga siling ayam pada RM9.40 sekilogram diteruskan - Nanta
Jemaah Menteri setuju harga ayam tidak akan diapungkan di pasaran ekoran kegusaran yang ditimbulkan oleh segelintir pihak.
Agong titah KPDNHEP giat usaha lindungi kesejahteraan rakyat
Seri Paduka bertitah usaha perlu ditingkatkan, bagi membendung segelintir peniaga yang mengambil keuntungan secara tidak munasabah.
Peniaga diingat jangan ambil kesempatan naik harga barang - Nanta Linggi
Pembukaan sempadan semestinya akan merancakkan sektor ekonomi dengan kedatangan pengunjung dari luar sekali gus meningkatkan permintaan terhadap barangan tertentu dalam pasaran.
Selepas kontroversi harga sotong, kecoh pula kailan ikan masin RM18 sebungkus di P. Pinang
Sebuah restoran turut mengenakan harga lauk ikan jenahak sebanyak RM90 manakala sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5).
KPDNHEP pertimbang cadangan kawal harga kit ujian COVID-19
Harga kit ujian RM39.90 seunit disifatkan membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan keluarga memiliki ramai anak.
KPDNHEP Johor tumpas kegiatan pindah minyak masak bersubsidi
Hasil serbuan yang dijalankan mendapati sebanyak 24,819 kg minyak masak bersubsidi sudah dipindahkan ke dalam tangki.
Kenaikan harga barang asas: 'Kerajaan ketika ini, kerajaan tidur' - Anwar
Dakwa Anwar, tindakan secara serius seolah-olah tidak diambil pihak kementerian yang bertanggungjawab meskipun perkara itu amat membimbangkan.