KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak awal bulan Ramadan.
Malah, terdapat juga badan bukan kerajaan yang menggesa pihak berkuasa, agar segera campur tangan kerana kenaikan harga ayam itu membebankan pelbagai pihak.
Di JOHOR, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, mengeluarkan 26 notis terhadap 20 peniaga runcit dan enam pemborong ayam di sekitar pasar awam di bandar raya Johor Bahru, hasil pemeriksaan ekoran terdapat aduan berlaku kenaikan harga ayam.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor Dr Chong Fat Full berkata, notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, menerusi pemeriksaan sejak hari pertama Ramadan.
Sementara itu Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar ketika dihubungi berkata, setakat ini dua notis dikeluarkan ke atas peniaga dan pengeluar ayam di negeri berkenaan.
"Mereka diberi masa tiga dan lima hari untuk kemukakan dokumen. Sekiranya ada elemen pencatutan, mereka akan dikompaun di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Bagi pengguna, jangan bimbang kerana pemantauan dibuat setiap hari, dan sekiranya ada aduan segera berhubung dengan kami," katanya.
Tinjauan Bernama di Pasar Besar Melaka mendapati rata-rata ayam dijual pada harga sekitar RM9.50 sekilogram, menyebabkan pengguna mengeluh dengan harga tersebut yang dianggap terlalu mahal.
Seorang peniaga Hamzah Othman, 57, berkata, tidak pernah dalam sejarah 30 tahun berniaga ayam beliau terpaksa menjual dengan harga semahal itu, namun tiada pilihan apabila pembekal sendiri menetapkan harga yang sudah tinggi.
"Ada pembekal kata harga naik sebab penternak terpaksa menanggung harga dedak import yang naik sehingga 40 peratus. Perkara ini bukan sahaja berlaku di sini tapi semua tempat," katanya.
Sementara itu di PULAU PINANG, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), menggesa pihak berkuasa untuk segera campur tangan bagi menyelesaikan isu harga ayam yang melonjak, sejak mula bulan Ramadan.
Pegawai Pendidikan CAP N. V. Subbarow berkata, kenaikan harga itu membebankan semua pihak dan tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pengedar ayam terlibat.
"Sebelum ini ayam dijual pada harga RM7.50 sekilogram, tetapi sekarang dijual pada harga RM9 hingga RM10 sekilogram, dengan alasan bahawa kenaikan harga makanan ternakan ayam dan perbelanjaan lain," katanya dalam kenyataan.
Di PERAK, KPDNHEP negeri mengeluarkan sebanyak 50 notis ke atas peniaga ayam, 23 notis kepada peniaga daging dan 36 notis kepada peniaga sayur-sayuran sejak Khamis lepas sehingga semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata kesemua peniaga tersebut disiasat dan sekiranya berlaku pencatutan, tindakan tegas di bawah perundangan akan diambil.
Abdul Yunus dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil perhatian mengenai isu kenaikan harga barang keperluan seperti ayam ketika bulan Ramadan ini.
Katanya, KPDNHEP akan terus memantau bekalan dan harga ayam serta barang keperluan lain di pasaran supaya pengguna dapat memperolehinya pada harga berpatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 17 2021
Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran. - Gambar hiasan
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.