awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP rekod 95 kes tidak patuh Skim Harga Maksimum

Bernama
Bernama
29/04/2021
08:47 MYT
KPDNHEP rekod 95 kes tidak patuh Skim Harga Maksimum
Pegawai dari KPDNHEP terus menjalankan pemantauan bagi memastikan peniaga mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021. - Gambar fail
ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merekodkan sebanyak 95 kes tidak patuh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021, sejak skim itu dilaksanakan 21 April lepas.
Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil berkata, ia melibatkan 47 kes tiada tanda harga, tiada tanda harga khas merah jambu (18) dan menjual pada harga maksimum (30).
Beliau berkata jumlah sitaan adalah sebanyak RM12,736, manakala kompaun yang dikenakan pula berjumlah RM13,800.
"Jumlah pemeriksaan adalah sebanyak 16,435, yang mana 292 adalah (melibatkan) pemborong dan 16,143 adalah peruncit," katanya kepada pemberita selepas meninjau harga sempena SHMMP 2021 di sebuah pasar raya di sini, hari ini.
Shamsul Nizam berkata Johor mencatatkan kes tertinggi, diikuti Terengganu dan Kelantan.
Sehubungan itu, beliau menasihati peniaga supaya mematuhi pelaksanaan skim yang berakhir pada 20 Mei depan itu dan jika gagal berbuat demikian tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#skim harga maksimum
#SHMMP
#hari raya
#Aidilfitri
#tanda harga
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan