awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP Sarawak diminta pastikan bekalan makanan mencukupi

Nazim Chee
Nazim Chee
09/04/2020
08:41 MYT
KPDNHEP Sarawak diminta pastikan bekalan makanan mencukupi
Awang Tengah komited menjalankan tugasnya meskipun menjalani kuarantin 14 hari di rumah. Foto Facebook/Saiful Bahari
Kementerian Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak diarah untuk memastikan bekalan makanan di negeri itu mencukupi.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata stok barangan penting seperti beras, gula, minyak masak dan tepung perlu cukup bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.
"KPDNHEP telah beri jaminan 800 Points of Sales (POS) di kawasan pedalaman telah diberi bekalan tambahan barangan makanan penting ini.
"POS dibenarkan untuk beroperasi antara 7 pagi dan 4 petang setiap hari, maka tidak perlu pembelian panik," jelasnya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Rantaian Bekalan Makanan kini menjalani kuarantin 14 hari selepas salah seorang ahli jawatankuasa itu yang hadir pada mesyuarat pada 27 Mac lalu, dilaporkan positif COVID-19.
BACA: Awang Tengah diarah jalani kuarantin di rumah
BACA: Lima menteri kanan Sarawak termasuk Uggah dan Awang Tengah negatif COVID-19
Dalam kenyataan sama Awang Tengah turut memaklumkan peruntukan RM16.4 juta oleh Kerajaan Sarawak khusus untuk menyalurkan bekalan makanan mencukupi bagi setiap rakyat Sarawak yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.
Program bantuan makanan ini dilakukan secara berterusan dan dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian atau Daerah (DDMC) kawasan masing-masing.
Perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Horbill Skyways turut dimanfaatkan bagi mempercepatkan penyaluran bekalan makanan kepada kawasan terpencil.
Topic Berkaitan
#Awang Tengah
#beras
#COVID-19
#Hornbill Skyways
#kerajaan
#Ketua Menteri
#koronavirus
#Malaysia
#minyak
#PKP
#rakyat
#Sarawak
#tentera
#tepung
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan