awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP Sarikei rampas 600 minyak masak peket di Sarikei

Azizah Alwi
Azizah Alwi
11/08/2022
10:17 MYT
KPDNHEP Sarikei rampas 600 minyak masak peket di Sarikei
Mana-mana individu atau peniaga yang melanggar undang-undang terutamanya melibatkan penyelewengan barang kawalan bersubsidi katanya, boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.
KUCHING: Penguat kuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarikei melumpuhkan sindiket menyorok minyak masak peket bersubsidi di bandar ini setelah menyerbu sebuah kediaman di Jalan Jelutong Barat di sini semalam.
Menurut Ketua Cawangannya, Mohamad Zawawi, hasil serbuan tersebut, pihaknya berjaya merampas 600 kilogram minyak masak peket dengan nilai pasaran RM1,500.
"Siasatan awal kita mendapati premis kediaman tersebut tidak memiliki lesen sebagai stor simpanan minyak masak.
"Malah premis berkenaan tidak mempunyai lesen sah untuk menyimpan barangan kawalan dalam kuantiti yang banyak," katanya dalam kenyataan.
Katanya, serbuan tersebut turut disertai pihak Cawangan Khas PDRM bagi memastikan bekalan barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung gandum serta barang keperluan asas mencukupi di pasaran.
Menurut beliau, ia juga bertujuan mengelak berlakunya aktiviti penyelewengan melalui aktiviti menyembunyi barang-barang kawalan.
Mana-mana individu atau peniaga yang melanggar undang-undang terutamanya melibatkan penyelewengan barang kawalan bersubsidi katanya, boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.
"Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM1,000,000 manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3,000,000.
“Bagi orang perseorangan, mereka berhadapan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat, denda tidak melebihi RM2,000,000 manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000," katanya.
Topic Berkaitan
#minyak masak peket
#Sarikei
#aktiviti sembunyi minyak
#KPDNHEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan