PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita 9,000 liter minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di Taman Industri Selesa Jaya, Selangor, Khamis lepas.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata serbuan kira-kira 3 petang itu turut menahan dua lelaki berusia 30-an termasuk seorang warga asing selain menyita sebuah lori, peralatan penyambungan dan beberapa dokumen perniagaan berkaitan yang keseluruhannya dianggar bernilai RM99,350.
"Premis itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada KPDNHEP berhubung urusan barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).
Sehubungan itu Azman menyarankan orang ramai supaya menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan serta bersubsidi bagi memastikan aktiviti itu dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.
Katanya maklumat boleh disalurkan menerusi e-aduan.kpdnhep.gov.my, WhatsApp di talian 019-279 4317 / 019-848 8000, pusat panggilan 1-800-886-800, e-mel [email protected] dan aplikasi Ez ADU KPDNHEP.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Azman berkata serbuan kira-kira 3 petang itu turut menahan dua lelaki berusia 30-an termasuk seorang warga asing selain menyita sebuah lori, peralatan penyambungan dan beberapa dokumen perniagaan. - Bernama

Jualan Proton meningkat 162 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023
Jualan Proton Holdings Bhd meningkat sebanyak 162.3 peratus tahun ke tahun dengan 11,681 unit kenderaan dijual pada Januari 2023 sekali gus mencatatkan jualan Januari yang terbaik sejak 2013.

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Tenaga Kerja | Malaysia fokus tangani kenaikan kos pekerja asing
Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar. Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kerajaan juga melihat dan akan cuba menangani isu kos kenaikkan yang dikenakan oleh sebahagian agensi pekerjaan di beberapa negara sumber seperti Indonesia agar pekerja yang bakal memasuki di negara ini tidak terlalu dibebani oleh kos yang terlalu tinggi.

Terminal Laut Dalam | Tiada lesen diberikan
Ditanya mengenai projek Terminal Laut Dalam atau Deep Sea Terminal bersaiz 481.5 hektar di luar pantai Arai, Melaka, yang menimbulkan kebimbangan berhubung isu ekologi Loke mengesahkan pihaknya tidak memberikan lesen bagi projek berkenaan.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.

Kompaun lebih RM500,000 kepada pengeluar, pemborong dan peruncit ayam, telur ayam - KPDNHEP
Kompaun dikeluarkan menerusi 2,205 tindakan penguatkuasaan bagi membanteras pencatutan harga barangan kawalan bersubsidi.

Telur ada tidak disorok, henti buat pembelian panik - KPDNHEP
Pembelian panik terhadap telur papan menyebabkan masalah kekurangan bekalan mentah itu semakin serius di ibu negara.

Tumpu soal kos sara hidup satu pendekatan yang tepat - MPPN
Langkah kerajaan menumpukan perhatian terhadap isu kos sara hidup dilihat satu pendekatan yang amat wajar.

Harga minyak masak 5kg turun kepada RM30.90 bermula Selasa
Harga minyak masak kemasan botol lima kilogram (kg) turun 60 sen kepada RM30.90 berbanding RM31.50 berkuat kuasa dari 8 Nov hingga 7 Dis ini.