awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP terima lebih 2,000 aduan ketika PKP - Rosol

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
12/05/2020
03:05 MYT
KPDNHEP terima lebih 2,000 aduan ketika PKP - Rosol
Pengguna turut diingatkan agar memberi maklumat lengkap jika membuat aduan bagi memudahkan proses siasatan dan tindakan lanjut. Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima 2,772 aduan berkaitan harga barang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 86 kes sudah diambil tindakan manakala selebihnya masih dalam siasatan dan menunggu tindakan lanjut.
Menurut beliau, sebahagian besar aduan adalah berkaitan kenaikan harga barangan dalam tempoh PKP fasa pertama yang berpunca daripada aktiviti pembelian panik oleh orang ramai.
"Jumlah aduan tinggi direkodkan pada PKP fasa pertama dan selepas masuk fasa kedua, bilangannya semakin mendatar dan tidak banyak isu yang timbul selepas itu.
"Kebanyakan aduan diterima adalah berkaitan isu bekalan penutup hidung dan mulut yang tidak cukup disebabkan pembelian panik dan tindakan sesetengah peniaga tidak bertanggungjawab yang menyorok bekalan," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Rosol mengingatkan pengguna agar memberi maklumat lengkap jika membuat aduan bagi memudahkan proses siasatan bagi mengelak rasa tidak puas hati orang ramai terhadap kementerian apabila tindakan tidak dapat dilakukan berikutan ketiadaan informasi tepat.
"Saya minta supaya orang ramai beri laporan tepat tentang jenis barang, premis dan tempat di mana kesalahan itu berlaku bagi memudahkan siasatan serta tindakan diambil... bukan berasaskan dengar-dengar cakap sahaja.
"Jika ada maklumat tepat dan sahih, pihak kami tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil kepada peniaga lebih-lebih lagi pada masa sekarang, rakyat sedang berada dalam kesusahan," katanya.
Topic Berkaitan
#aduan
#KPDNHEP
#laporan
#mudahkan siasatan
#pembeli
#pengguna
#peniaga
#penutup hidung dan mulut
#perlu lengkap
#rosol
#Timbalan Menteri
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan