awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK banteras penjualan barangan tiruan di internet

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2015
12:45 MYT
KPDNKK banteras penjualan barangan tiruan di internet
Kerjasama antara KPDNKK, SKMM dan polis perlu bagi mengesan mana-mana individu yang didapati menipu melalui jualan dalam talian (online) yang dikesan semakin meningkat. - Gambar hiasan
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis bagi membanteras jualan barangan tiruan di internet.
Pengarahnya, Mohd Nawardi Saad berkata, kerjasama itu perlu bagi mengesan mana-mana individu yang didapati menipu melalui jualan dalam talian (online) yang dikesan semakin meningkat.
Beliau berkata, selain melakukan pemeriksaan di premis jualan biasa, pihaknya turut melakukan pemantauan ke atas peniaga online bagi mengesan kegiatan penipuan dalam transaksi jualan.
Walaupun mengakui ia agak sukar, pihaknya yakin mampu mengesan mereka, melalui kerjasama dengan SKMM dan pihak polis.
“Kita berterusan dari segi (kerjasama) ini yang memerlukan kepakaran khusus, dan kita sentiasa dapat bantuan daripada agensi berkaitan khususnya SKMM dan juga polis,” ujar Mohd Nawardi.
Dalam masa sama, Mohd Nawardi berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan hot spot di Batu Feringghi yang terlibat dengan aktiviti penjualan barangan tiruan dan cetak rompak.
Katanya, pihak penguatkuasa akan terus melakukan pemeriksaan dan merampas barangan cetak rompak dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kegiatan tersebut.
Beliau berkata demikian pada sidang media pelupusan barangan rampasan di Pusat Pelupusan KPDNKK di Bukit Minyak, pada Isnin.
Antara barangan yang dirampas dan dilupuskan ialah cakera video digital (DVD), cakera padat video (VCD), komputer, beg tangan, berjumlah RM18.3 juta hasil serbuan dan rampasan sepanjang tahun ini.
Antara kes yang paling banyak dicatatkan mengikut kawasan tertingi ialah kawasan Timur Laut, iaitu 130 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM1.2 juta, diikuti kawasan Seberang Perai Tengah (57 kes) dengan nilai rampasan RM510,210 dan Seberang Perai Utara iaitu lapan kes dengan nilai RM33,000.
Topic Berkaitan
#Cetak rompak
#DVD
#Internet
#KPDNKK
#rampasan
#transaksi
#VCD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan