Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mencari kaedah baharu bagi memastikan pemborong tidak memanipulasi harga ayam di pasaran.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, langkah itu termasuk memastikan pemborong mempunyai etika perniagaan yang memastikan mereka tidak meletakkan harga barangan kawalan pada kadar yang tidak munasabah.
Menurut Hamzah, kementerian sedang mengenal pasti satu kaedah untuk memastikan tiada penyalahgunaan berlaku terutamanya ketika permintaan pasaran tinggi.
"Kita hendak mencari satu kaedahnya di mana kita nak tentukan supaya pemborong juga mempunyai etika yang baik dari segi perniagaan untuk tidak menyalahgunakan apabila meletakkan sesuatu harga semata mata kerana permintaan yang terlampau tinggi," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pejabat WorldVentures Malaysia di Mid Valley di sini hari ini.
Ketika ini katanya, laporan dan aduan mengenai kenaikan harga ayam paling banyak diterima di Kelantan.
Tambahnya, KPDNKK telah bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membuka lebih banyak Myfarm Outlet bagi memastikan bekalan ayam dapat dijual terus kepada pembeli tanpa melalui pemborong.
"Kerajaan sudah bersetuju untuk membuka Myfarm Outlet supaya ayam dijual itu tidak melalui pemborong lagi iaitu from farm to outlet, kita akan dapat directly dan kita akan buka sebanyak mungkin," katanya lagi.
Pada masa sama, jelas Hamzah, KPDNKK juga bekerjasama dengan pihak korporat untuk melakukan perniagaan secara borong.
"Kita berikan peluang supaya dapat kerjasama dengan beberapa pembekal terutama ladang-ladang berdekatan dengan kedai untuk membekalkan kepada badan korporat berkenaan. Inilah strategi kita dan telah pun umumkan," jelas Hamzah.
KPDNKK mahu semua pembekal ayam kekal dengan harga pada kadar yang berpatutan walaupun Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidilfitri berakhir beberapa hari lalu.
"Kita masih lagi ada Akta Anti Pencatutan, harga yang telah saya lanjutkan sampai bulan 12. Jadi kita boleh menggunakan akta kawalan harga ini hingga bulan 12, saya telah arahkan pegawai saya di Kelantan untuk pastikan harga turun kepada harga normal," tegasnya.
Justeru, beliau berharap peniaga dan pengguna akan dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya bagi memastikan situasi menang-menang akan dapat dicapai antara kedua-dua pihak.
Dalam operasi KPDNKK di Pasar Besar Siti Khatijah, Kota Bharu, Kelantan 21 peniaga diberi notis selepas menjual ayam antara RM15 hingga RM25 bagi 1.5 lima kilogram, berbanding berbanding RM7.90 harga sekilogram ayam.
Rahimah Abdullah
Tue Jul 12 2016
HAMZAH: Kementerian sedang mengenal pasti satu kaedah untuk memastikan tiada penyalahgunaan berlaku terutamanya ketika permintaan pasaran tinggi. - Gambar fail
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
10 Bahagian Bersatu digantung boleh bersidang Disember depan - Hamzah
Semua 10 bahagian parti Bersatu yang digantung sebelum ini, dibenarkan mengadakan persidangan dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.