Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah telah berjaya merampas telefon bimbit pelbagai model dan aksesori yang disyaki tiruan menggunakan jenama Samsung.
Beberapa premis yang dipercayai melakukan kegiatan haram tersebut diserbu penguatkuasa bersama wakil Samsung dari Kuala Lumpur dalam satu operasi yang dinamakan Ops Samsung.
Serbuan dilakukan kira-kira jam 11 pagi di sebuah kompleks beli belah di Jalan Putra, Alor Setar, Kedah.
Ekoran daripada serbuan itu, pihak KPDNKK Kedah berjaya merampas 4 unit telefon bimbit pelbagai model dari jenama terkenal itu dan aksesorinya yang dianggarkan bernilai lebih dari RM 25,000.
Telefon bimbit tiruan yang dipercayai diimport dari negara China itu dikatakan dijual antara harga RM50 sehingga RM400 seunit berbanding RM800 hingga lebih RM2,000 bagi seunit telefon bimbit asli.
Timbalan Pengarah KPDNKK Kedah, Khalid Tik berkata, kesemua telefon bimbit yang menggunakan jenama asli itu adalah tiruan malah ianya turut dijual dengan harga diskaun yang hebat.
Menurut Khalid, hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan dipercayai beribu pejabat di Kuala Lumpur, Ipoh dan George Town malah menggunakan jenama Samsung bagi mengaburi pandangan awam.
“Modus operandinya ialah mereka akan mengakui telefon terbabit merupakan telefon asli dan mengatakan bahawa ia keluaran Samsung, walhal sebenarnya bukan Samsung tetapi sebaliknya diimport dari China," kata Khalid.
Tambah Khalid, produk tiruan itu mempunyai bentuk, warna, dan kualiti yang hampir sama dengan yang asli.
"Ia hanya tidak mempunyai pelekat ketulenan kerana diimpot oleh syarikat berbeza," katanya lagi.
Sementara itu, wakil Samsung dari Kuala Lumpur, Eow Khean Fatt berkata, serbuan ini dilakukan berikutan hasil aduan daripada pengedar Samsung negeri yang memaklumkan terdapat segelintir peniaga yang menjual barangan Samsung tiruan.
Menurut Eow, melalui rampasan ini sekurang-kurangnya ia telah berjaya melumpuhkan satu sindiket menjual telefon bimbit tiruan.
“Apabila berasa teragu ragu sila berhubung dengan pihak Samsung la untuk pastikan sama ada telefon bimbit yang dibeli adalah asli atau tiruan,” ujarnya.
Pihak KPDNKK Kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis terbabit mengikut Seksyen 41 Akta Perihal Dagangan 2011.
Jika sabit kesalahan boleh didenda RM 100, 000 bagi individu dan RM 250, 000 bagi syarikat atau penjara enam bulan atau kedua duanya.
Astro Awani
Fri Feb 21 2014
-gambar arkib
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Makin nak Raya, harga daging makin naik
Harga daging lembu segar tempatan di sekitar Kepala Batas di sini dijual pada harga RM40 sekilogram, dipercayai melebihi harga siling RM34 sekilogram yang ditetapkan kerajaan.
Perisian tidak sah: Gayatri seru kerajaan cari strategi kukuh bantu industri perfileman
Menurut Gayatri, pihaknya cukup terasa dengan impak cetak rompak kerana tidak banyak saluran di Malaysia yang boleh menjual produk mereka.
Bagaimana nak pertahankan karya jurugambar yang dicilok?
Jurugambar perlu tahu hak mereka sekiranya karya-karya yang dibidik menjadi mangsa plagiat atau dicuri untuk kegunaan pihak lain.
JPJ kekal penggunaan WhatsApp untuk orang ramai buat aduan
Langkah itu dianggap berkesan dalam menangani pemandu yang melanggar peraturan antara lain memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan memotong di lorong kecemasan.
KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina
Sebanyak 12 jenis barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Tahun Baharu Cina 2019 yang berkuatkuasa selama 10 hari bermula 30 Jan dan berakhir pada 8 Feb.
Harga barangan perlu diselaraskan ikut SST mulai 15 Nov
Mulai 15 Nov depan, semua pasar raya besar dan kedai runcit berangkai di seluruh negara perlu menyelaras harga baharu bagi semua jenis barangan mengikut sistem SST yang dilaksanakan pada 1 Sept lalu.
Gerai ikan 5 sen diperiksa
Tindakan berkenaan adalah tugas rutin dilakukan ke atas premis perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi arahan dan garis panduan ditetapkan.
Kementerian Kesihatan kaji mekanisme kawalan harga ubat
Usaha itu diambil berikutan harga ubat-ubatan dalam pasaran kian meningkat setiap tahun dan dikhuatiri menjejaskan kebolehmampuan penjagaan kesihatan untuk rakyat.
KPDNKK N. Sembilan kesan 21 kes langgar kawalan harga musim perayaan
Kes dikesan hasil pemeriksaan ke atas 815 premis perniagaan dan melibatkan antaranya Perintah 2 (1) Perintah Kawalan Harga Antipencatutan Penandaan Harga Barang Terkawal.
Mantapkan penguasaan Bahasa Inggeris mudahkan permohonan dana kerajaan
kemahiran Bahasa Inggeris mampu memacu sektor e-dagang tempatan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di peringkat global.