Kenaikan harga barangan basah dan mentah di Kelantan sejak dua minggu sebelum Ramadan mengundang rungutan dalam kalangan pengguna.
Perkara ini tidak dinafikan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan.
Namun tegas pengarahnya Datuk Abdul Ghani Harun, KPDNKK tidak mempunyai kuasa untuk menurunkan harga barangan berkenaan, bahkan ia bukan diletak di bawah senarai barangan kawalan.
“Kenaikan harga ikan dan daging adalah di bawah jabatan masing-masing, bukan KPDNKK. Kita jaga minyak masak, gula.
Katanya, KPDNKK hanya boleh mengambil tindakan melibatkan barang kawalan, peniaga yang melakukan aktiviti pencatutan, selain kesalahan tidak meletakkan tanda harga.
“Jika berlaku kenaikan harga (barangan basah), itu perlu dirujuk kepada jabatan berkaitan. Kita hanya pantau kes melibatkan anti pencatutan,” kata Abdul Ghani.
Beliau berkata sikap peniaga dan pembekal barangan basah yang meletakkan harga sesuka hati dengan alasan kekurangan bekalan juga menjadi punca kenaikan harga barangan berkenaan.
Justeru, pengguna di Kelantan disaran supaya membuat aduan mengenai kenaikan harga ayam, ikan dan barangan mentah lain kepada agensi berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Dalam pada itu, kalangan peniaga yang ditemui berkata kenaikan harga barangan basah ini tidak dapat dielak berikutan harga yang telah ditetapkan oleh pembekal.
Rata-rata peniaga ikan turut mengakui harganya di pasaran Kelantan ketika ini amat mahal.
“Barang tidak banyak, kita jual pun yang sejuk beku. Ikan segar tidak banyak. Kami ambil dengan pembekal pun sudah mahal.
“Kami nak buat macam mana, dapat pun mahal, terpaksalah jual mahal,” kata peniaga ikan Abdul Rashid Omar.
Kalangan peniaga juga menjangkakan harga ikan akan naik lagi pada minggu ketiga dan keempat Ramadan.
Muhafandi Muhamad
Sun May 28 2017
KPDNKK tidak mempunyai kuasa untuk menurunkan harga barangan berkenaan, bahkan ia bukan diletak di bawah senarai barangan kawalan. -Gambar fail
Persediaan sambut jemaah pertama Malaysia di Madinah
Pelbagai program diatur untuk kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang akan tiba di Madinah pada 9 Mei ini. Antaranya ditempatkan di tiga buah hotel mengikut zon selain rancangan untuk ziarah luar di beberapa lokasi terpilih.
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
Masih ada harapan bantu miskin bandar - Pakar
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat ia masih suatu isu yang serius dan perlu ditangani segera.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Pantau Belanjawan: Ulasan Kajian UNICEF | Ranjau Sepanjang Jalan – Tangani miskin bandar KL
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
[TERKINI] Dapatan utama kajian UNIEF: Ranjau Sepanjang Jalan
Ikuti secara langsung pelancaran laporan UNICEF berjudul 'Living on the edge'.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
KPDNKK tiada kuasa turunkan harga barangan basah di Kelantan - Pengarah
KPDNKK tidak mempunyai kuasa untuk menurunkan harga barangan berkenaan, bahkan ia bukan diletak di bawah senarai barangan kawalan.