awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPF sumbang RM1 bilion kepada perniagaan koperasi tahun lalu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/09/2023
02:15 MYT
KPF sumbang RM1 bilion kepada perniagaan koperasi tahun lalu
Presiden Angkasa, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) beramah mesra den dengan peserta Karnival Usahawan di Felda Trolak Utara, Sungkai, pada Jumaat.
TANJUNG MALIM: Koperasi Permodalan Felda (KPF) menyumbang lebih RM1 bilion kepada perolehan keseluruhan gerakan koperasi di negara ini tahun lalu.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, jumlah keseluruhan sumbangan perniagaan koperasi kepada ekonomi negara tahun lalu adalah RM46.5 bilion.
Menurutnya, KPF memainkan peranan penting dalam ekonomi negara, malah sebahagian besar koperasi yang menduduki senarai 100 koperasi terbaik datangnya daripada Felda, Felcra dan Risda.
Sehubungan itu, beliau harap agensi-agensi berkenaan dapat menyediakan peruntukan lebih besar bagi membolehkan koperasi-koperasi di bawah mereka mengembangkan lagi perniagaan.
Dalam masa sama, katanya, generasi kedua dan ketiga Felda, Felcra atau Risda perlu memainkan peranan penting untuk memperkasakan lagi peranan dan gerakan koperasi.
“Mereka ini dari segi pendapatan, bukan kumpulan B40 tetapi M40, jadi mereka sudah tentu boleh menyumbang dan memainkan peranan yang lebih besar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Usahawan di Felda Trolak Utara, Sungkai, dekat sini, pada Jumaat.
Menurutnya, ahli-ahli perlu menambah saham masing-masing bagi membesarkan lagi modal koperasi, sekaligus mampu menceburi perniagaan yang lebih besar.
“Kalau nak berniaga, modal kena ada, kita kena guna duit kita sendiri, kalau guna duit orang (pinjaman), bermakna dividen atau faedah lain kena kongsi lah,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau menyarankan koperasi-koperasi agar menceburi bidang baharu, seperti dalam aktiviti huluan dan hiliran.
“Contohnya koperasi Felda, Felcra atau Risda ditubuhkan untuk rebut peluang pada ketika itu (awal), tetapi aktiviti itu sudah tidak berkembang.
“Kalau nak lebih lagi, dia kena tengok aktiviti huluan dan hiliran seperti pemerosesan produk sebab kita keluar getah, kelapa sawit tapi minyak yang kita makan, orang lain proses.
“Maknanya kita kena terlibat keseluruhan dalam ekosistem berkenaan, kalau kelapa sawit, kita terlibat dalam benih, baja, menanam, memetik, memproses dan akhirnya, kita guna minyak itu,” katanya.
Topic Berkaitan
#koperasi
#Koperasi Permodalan Felda
#Abdul Fattah Abdullah
#Presiden Angkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan