KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dengan kerjasama Petronas Dagangan Bhd (PDB) menerusi program pengumpulan minyak masak terpakai (UCO), menyasarkan sejumlah 300,000 kilogram bahan itu dapat dikumpulkan pada tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, bagi tempoh sama, KPK dan PDB akan turut memperluas usaha pengumpulan UCO ke 50 stesen minyak Petronas di seluruh negara selain penyertaan seramai 15,000 kalangan orang awam.
Harga pembelian semula UCO oleh Petronas adalah RM3 sekilogram manakala RM2.50 sekilogram ditetapkan bagi kawasan di Semenanjung Pantai Barat, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.
"Program ini merupakan usaha bersama PDB dan KPK dalam meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menjaga alam sekitar.
"Pada masa sama, program ini berupaya menjana pendapatan tambahan isi rumah serta turut mengembangkan potensi penghasilan biobahan api lestari menggunakan UCO bagi mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau (GHG)," katanya.
Beliau berucap merasmikan program pengumpulan UCO sempena Ikhlas Ramadan bersama Gas Petronas di Bazar Ramadan Desa Pandan di sini, pada Sabtu, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) KPK, Datuk Razali Mohamad dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Azrul Osman Sani.
Bagi tempoh Julai 2023 hingga Februari 2024, sebanyak 205,000 kilogram UCO dikumpulkan daripada 35 stesen minyak Petronas dengan penyertaan seramai 11,593 orang awam.
Dalam pada itu, sambil menyifatkan usaha itu sebagai salah satu agenda ekonomi kitaran, Johari berkata, pogram UCO turut menjadi langkah proaktif pihak PDB dan negara dalam mengkomersialkan biobahan api penerbangan mampan (SAF) yang memenuhi sasaran pertumbuhan neutral karbon di sektor penerbangan antarabangsa menjelang 2050.
"Kita mahu membudayakan satu konsep pembuangan minyak masak ini yang sebenarnya ada nilai dan tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya ke dalam longkang, luar rumah dan tempat-tempat pembuangan sampah.
"Malah, menerusinya, kita dapat buat satu pusaran ekonomi baharu iaitu minyak-minyak ini diproses semula untuk penghasilan SAF," katanya.
Johari berkata, program pengumpulan UCO tidak hanya di stesen minyak Petronas, tetapi turut melibatkan bazar Ramadan terpilih seperti Desa Pandan, Kuala Lumpur serta kawasan-kawasan di Selangor seperti USJ4, Bandar Kinrara, Puchong Prima dan Puncak Jalil (PUJ3). - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Kementerian Perladangan dan Komoditi dengan kerjasama Petronas Dagangan Bhd menerusi program pengumpulan minyak masak terpakai (UCO), menyasarkan sejumlah 300,000 kilogram bahan itu dapat dikumpulkan pada tahun ini, kata Johari. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
KPK sasar kumpul lebih 300,000 kg minyak masak terpakai menerusi program UCO tahun ini
KPK dan PDB akan turut memperluas usaha pengumpulan UCO ke 50 stesen minyak Petronas di seluruh negara selain penyertaan seramai 15,000 kalangan orang awam.
Penyeragaman harga komoditi tidak praktikal, jejas kecekapan pasaran - KPK
KPK berpendapat penyeragaman harga komoditi melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan selain dikhuatiri akan menjejaskan kecekapan pasaran.
KPK ambil tindakan tegas pamer label diskriminasi minyak sawit
KPK memandang serius isu berkenaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pengimport, pengedar, penjual dan pihak berkaitan yang melakukan kesalahan tersebut.
KPK, MARGMA bincang langkah-langkah tangani isu industri sarung tangan getah - Johari
Johari berkata industri sarung tangan getah Malaysia kini beroperasi dalam persekitaran eksport yang agak mencabar.
Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.
KPK: Nilai eksport sawit Jan hingga Okt 2023 bernilaI RM51.4 bilion
Eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh Januari hingga Oktober 2023 bernilai RM51.40 bilion dengan kuantiti eksport sebanyak 12.34 juta tan, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
KPK sasar 90,000 kg minyak sawit terpakai menjelang akhir tahun - Fadillah
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dengan kerjasama Petronas Dagangan Bhd (PDB) menyasarkan pengumpulan 90,000 kilogram (kg) minyak sawit terpakai.
Belanjawan 2024 : KPK kemuka 7 cadangan bagi kemampanan sektor perladangan, komoditi - Fadillah
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah mengemukakan tujuh cadangan dan semakan semula kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2024.
Sawit: KPK kemuka cadangan semak kadar levi keuntungan luar biasa - TPM Fadillah
Fadillah berkata perkara tersebut telah dibangkitkan oleh pemain industri dalam dialog yang telah diadakan oleh kementerian tersebut.