KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang berusaha ke arah penubuhan Majlis Ekonomi Kitaran Negara supaya agenda ekonomi kitaran dapat dilaksana secara menyeluruh serta memberi manfaat kepada negara.
Menteri berkenaan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan majlis itu bakal menghimpunkan pemegang taruh dan pihak berkepentingan dalam menjayakan agenda tersebut.
"Ketika ini, kerajaan telah memulakan inisiatif sisa kepada tenaga bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap tapak pelupusan sampah dan pada akhirnya membolehkan pemerolehan semula sisa dapat dilaksanakan dalam satu kitaran semula ekonomi terhadap pengeluar atau industri.
"Ini dapat menarik lebih ramai pelabur asing dalam meningkatkan keyakinan perdagangan ke Malaysia terutama dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan ekonomi kitaran sebagai usaha mempergiat pemulihan ekonomi negara dan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara berdaya huni," katanya.
Terdahulu, beliau menyampaikan ucaptama dan merasmikan Minggu Ekonomi Kitaran yang merupakan tema bagi minggu terakhir Ekspo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung dari 27 hingga 31 Mac ini di Astaka Malaysia.
Reezal Merican berkata penglibatan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai mampu memberi pendedahan serta meningkatkan peluang kerjasama antarabangsa dan pemain industri dalam bidang ekonomi kitaran.
Minggu Ekonomi Kitaran itu diselaras oleh Perbadanan Teknologi hijau dan Perubahan Iklim Malaysia dengan diterajui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) serta melibatkan pelbagai syarikat dan pemain industri berkaitan Ekonomi Kitaran.
KASA dalam kenyataan berasingan memaklumkan Minggu Ekonomi Kitaran menjadi platform untuk mempromosikan inisiatif ekonomi kitaran Malaysia yang mendukung prinsip Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) selari dengan dokumen Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 yang dibangunkan kementerian itu.
Menurut kenyataan itu, ia juga bertujuan menonjolkan inisiatif pihak industri tempatan dalam menerap dan mempromosikan amalan perniagaan lestari melalui agenda ekonomi kitaran.
Ia termasuk meningkatkan inovasi reka bentuk produk, mengoptimumkan proses pengeluaran dan melaksanakan Peluasan Tanggungjawab Pengeluar (EPR).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022

Reezal Merican berkata penglibatan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai mampu memberi pendedahan serta meningkatkan peluang kerjasama antarabangsa dan pemain industri dalam bidang ekonomi kitaran. - Gambar fail/BERNAMA

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

KPKT peruntuk RM20 juta laksana program pemerkasaan ekonomi komuniti bandar
Pihaknya menyasarkan seramai 2,000 peserta yang berdaftar di bawah program eKasih di seluruh negara.

CLQ Bertam: Kerajaan Pulau Pinang diminta kemuka senarai industri
KPKT hanya bersetuju jika industri yang dibawa ke kawasannya berteraskan teknologi tinggi.

KPKT peruntuk RM35 juta Program Baik Pulih, Bina Baharu Rumah
KPKT mensasarkan lebih 2,000 rumah untuk dibaik pulih dan sebanyak 32 buah akan dibina baharu di seluruh negara tahun ini.

KPKT laksana program mentor mentee PBT
Melalui program itu, PBT yang berjaya akan membimbing PBT lain dari aspek pendapatan dan kewangan.

PBT diminta bantu usaha pertanian komuniti
Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara diminta menjadi pemudah cara kepada usaha pertanian komuniti di kawasan masing-masing.

KPKT lihat pelaksanaan ekonomi kitaran melalui POC di beberapa PBT
KPKT sedang melihat pelaksanaan ekonomi kitaran melalui bukti konsep (POC) di beberapa PBT untuk memperakukan kawasan PBT sebagai 'Circular City' atau PBT mampan dalam soal pengurusan sisa pepejal.

KPKT, MoF lancar i-Biaya mudahkan pembiayaan perumahan M40, B40
Selari dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah, inisiatif i-Biaya merupakan satu langkah integrasi untuk menyatukan semua inisiatif di bawah satu bumbung.

i-Biaya bantu tingkatkan pemilikan rumah golongan M40, B40
Inisiatif itu memberi tumpuan terhadap golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang masih berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan.

KPKT berusaha tubuhkan Majlis Ekonomi Kitaran Negara
Majlis itu bakal menghimpunkan pemegang taruh dan pihak berkepentingan dalam menjayakan agenda tersebut.

KPKT perkasa aset bomba, tingkat kesiapsiagaan hadapi bencana alam
KPKT akan memperkasakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi perolehan aset baharu dalam usaha menambah baik dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi itu menghadapi bencana alam.