Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berharap proses pengambilan tanah kondominium Highland Towers yang terbiar sejak hampir 26 tahun untuk tujuan pembangunan semula dapat dipercepatkan.
Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin berkata proses libat urus bersama semua pihak berkepentingan sudah selesai namun ada sebahagian penduduk yang tidak sempat menyatakan persetujuan secara rasmi.
Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan negeri Selangor menerusi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dapat menyelesaikan proses pengambilan tanah bulan ini.
"Sebelum ini majoriti penduduk sudah bersetuju tapi saya mahu ikut prosidur yang betul (dalam mendapatkan persetujuan) dan tiada penduduk yang tertinggal," katanya selepas menghadiri satu program di Kampung Baru Salak Selatan di sini pada Isnin.
Beliau berharap urusan pengambilan tanah oleh kerajaan negeri melalui MPAJ dapat diselesaikan bulan ini sebelum kerja merobohkan Highland Towers dapat dilakukan sekitar hujung tahun ini.
Zuraida sebelum ini dilaporkan berkata Highland Towers akan dirobohkan selewat-lewatnya pada Jun 2019.
Terdapat cadangan untuk membangunkan semula lokasi strategik itu sebagai taman rekreasi selain pembinaan 50 unit bungalow.
Pada 11 Dis 1993, satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers setinggi 12 tingkat di Hulu Kelang tumbang dalam tragedi yang meragut 48 nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 02 2019
Pada 11 Dis 1993, satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers setinggi 12 tingkat di Hulu Kelang tumbang dalam tragedi yang meragut 48 nyawa. Gambar fail
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.
Berang tak dapat RM5,000, isteri acu pisau pada suami
Berang kerana wang RM5,000 yang diminta untuk pulang ke kampung tidak diberi, seorang wanita warga Indonesia bertindak mengugut dengan mengacu pisau ke muka suaminya.
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.
Cemburu dipercayai punca lelaki maut dalam letupan
Kedua-dua suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 30 tahun itu ditahan di Serdang, Kedah, malam Selasa.
Berhenti ambil gambar di lorong kecemasan, punca kemalangan di Lebuhraya SUKE - Polis
Lorong kecemasan bukan untuk berhenti sesuka hati dan ambil gambar pemandangan!
MPAJ sita pasu bunga, kon diguna untuk cop parkir
Barangan terbabit dipercayai digunakan sebagai 'penanda' cop parkir di kawasan pangsapuri kos rendah sekitar Ampang.
Tanah runtuh Ampang Jaya: Lima rumah terjejas, 12 penduduk berpindah - Polis
Lima buah rumah di dua lokasi berasingan di Ampang Jaya di sini terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat petang semalam.
Hujan berterusan beberapa hari tingkatkan risiko tanah runtuh - Pakar
Perkara yang perlu diberi perhatian kini adalah cara untuk mencegahnya daripada berlaku termasuk insiden besar seperti di Ampang itu.
Diculik, dipukul kerana gagal bayar hutang
Seorang lelaki warga asing diculik dan dipukul kenalannya dua hari lalu kerana gagal bayar hutang.