awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT hentikan pemberian AP sisa plastik selama 3 bulan

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
24/07/2018
10:05 MYT
KPKT hentikan pemberian AP sisa plastik selama 3 bulan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin ketika sidang media selepas Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memutuskan untuk menghentikan pemberian lesen import (AP) sisa plastik berkuatkuasa serta-merta untuk tempoh tiga bulan.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) akan menubuhkan satu pasukan petugas yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPSPN bagi mengkaji semula prosedur dan polisi semasa, pengimportan sisa plastik Kod Tarif 3915.
"Keanggotaan pasukan petugas ini adalah terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Perdangangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
"Kerjasama turut akan dijalankan dengan semua agensi Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia bagi memastikan pengurusan sisa plastik dapat dilaksanakan dengan selamat dan mengikut piawaian alam sekitar antarabangsa," kata beliau dalam satu sidang media di Parlimen.
Permit pengeluaran AP sisa plastik HS Kod 3915 adalah melalui JPSPN di bawah KPKT.
Kriteria yang ketat dikenakan oleh JPSPN untuk mana-mana kelulusan AP sisa plastik, yang mana pengimport perlu mendapatkan surat kelulusan pematuhan kilang daripada Jabatan Alam Sekitar, mempunyai lesen premis Pihak Berkuasa Tempatan, mendapat pengesyoran kelulusan pemeriksaan kilang oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan bukti bergambar bahawa sisa yang diimport adalah bersifat homogeneous, bersih dan bukan dalam kategori bahan terjadual.
Antara syarat lain yang dikenakan oleh JPSPN adalah untuk semua pembekal sisa plastik mempunyai pensijilan ISO14000 yang mengamalkan sistem pengurusan alam sekitar yang efektif dan bertanggungjawab.
Tambah Zuraida, diharap dengan langkah ini, pihak bertanggungjawab dapat melakukan proses pembersihan supaya hanya mereka yang mempunyai lesen pemprosesan sisa plastik akan dibenarkan beroperasi.
Jumlah syarikat/kilang yang mempunyai lesen import (AP) sisa plastik HS Kod 3915 adalah sebanyak 114 syarikat atau kilang.
Topic Berkaitan
#AP
#Dewan Rakyat
#JPSPN
#kementerian perumahan
#KPKT
#Lesen Import
#Parlimen
#plastik
#Zuraida Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan