awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
Iran sedia berdepan ‘perang habis-habisan' dengan Barat - Presiden Masoud Pezeshkian
Thailand-Kemboja capai gencatan senjata, 18 tentera akan dibebaskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT laksana program mentor mentee PBT

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/06/2022
22:15 MYT
KPKT laksana program mentor mentee PBT
MBI yang telah berjaya mencapai tahap bandar raya boleh membimbing PBT lain yang agak ke belakang. -Gambar hiasan
IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersetuju melaksanakan program 'mentor dan mentee' membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, melalui program itu, PBT yang berjaya akan membimbing PBT lain dari aspek pendapatan dan kewangan.
Beliau memberi contoh, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang telah berjaya mencapai tahap bandar raya boleh membimbing PBT lain yang agak ke belakang.
"Kita mahu PBT yang ke hadapan ini menggabungjalinkan dengan PBT yang agak di belakang," katanya ketika ditemui selepas hadir merasmikan Mesyuarat Agung Kejohanan Sukan PBT Malaysia (MALA) di UTC Perak di sini, pada Sabtu.
Menurutnya, pihak MALA telah memulakan program itu apabila Majlis Bandaraya Pulau Pinang menjadi mentor kepada Majlis Daerah Kudat di Sabah.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan pemilik kediaman, khususnya flat dan pangsapuri supaya tidak membina struktur tambahan pada premis kediaman tanpa kebenaran PBT.
Menurutnya, PBT mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap premis berkenaan, termasuk merobohkan struktur tambahan berkenaan.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan boleh diambil mengikut Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
Baru-baru ini, media melaporkan pemilik sebuah rumah flat berhadapan tindakan tegas apabila struktur tambahan yang dibina secara haram dirobohkan pihak berkuasa.
Menurut laporan itu, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), terpaksa merobohkan binaan haram yang dibina di Blok 4, Flat UTM, AU3/1, Ampang kerana bercanggah dengan Akta 133 dan Akta 757.
Topic Berkaitan
#KPKT
#pbt
#mentor mentee
#ubah suai rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan