KUALA TERENGGANU: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan berjumlah RM3.4 juta bagi memulihkan lima projek perumahan swasta terbengkalai di Terengganu.
Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata peruntukan itu diluluskan hasil mesyuarat task force yang dipengerusikannya pada 24 Mei lepas.
"Kami dah tengok, jadi untuk Terengganu kita (KPKT) akan peruntuk RM3.4 juta bagi teliti beberapa projek yang terbengkalai untuk kita pulihkan.
"Jumlah itu akan disalurkan kepada lima buah projek terbengkalai daripada 12 keseluruhannya di negeri ini membabitkan beberapa daerah antaranya Kuala Terengganu," katanya kepada pemberita selepas melawat projek perumahan swasta sakit di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan berunding dengan kerajaan negeri bagi memperincikan kaedah penyaluran dan pengurusan peruntukan tersebut.
"Sebab bagi saya memang kita nak bantu pembeli yang terkesan dengan projek-projek bermasalah. Jadi, insya-Allah kita akan salurkan melalui kerajaan negeri," katanya.
Ditanya mengenai jangkaan pihaknya untuk memastikan kelima-lima projek itu siap sepenuhnya, beliau berkata KPKT menyasarkan ia disiapkan pada tahun hadapan.
Akmal Nasrullah berkata keseluruhannya terdapat 24 projek perumahan sakit di Terengganu ketika ini dan KPKT bersama-sama kerajaan negeri akan terus memantau laporan dikemukakan pihak pemaju dalam mengatasi isu tersebut serta akan melihat kaedah terbaik melancarkan kembali projek terbengkalai lain.
Sementara itu, beliau berkata KPKT sedang dalam fasa untuk membersihkan semula data dan statistik bilangan keseluruhan projek sakit dan terbengkalai di seluruh negara.
"Ia bersifat dinamik. Bulan lepas saya umumkan jumlahnya sebanyak 435 buah projek sakit dan 112 terbengkalai, dan di Kuala Lumpur baru-baru ini pula saya maklumkan bilangannya meningkat.
"Jadi untuk bolehkan data itu konsisten maka segala data itu kita luluskan dalam mesyuarat task force yang dipantau Jabatan Perumahan Negara (JPN). Setiap bulan task force wajib untuk pastikan ada data yang selaras," katanya.
Katanya berdasarkan rekod pada suku pertama tahun ini, KPKT berjaya melancarkan kembali 92 projek dengan 80 daripadanya telah memperoleh Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), manakala 12 lagi telah kembali berjalan mengikut jadual pembinaan yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (kiri) bercakap kepada pemberita semasa melakukan lawatan kerja di tapak projek perumahan Desa Gelugur Murni hari ini. - Foto BERNAMA

Melaka laksana penggunaan satu pas, satu harga lawat muzium
Perbadanan Muzium Melaka laksana penggunaan pas masuk secara berpakej untuk melawat muzium di bawah kendalian agensi itu pada satu bayaran.

Hantaran Taylor Swift di Instagram pecah rekod pendaftaran undi
Penyanyi "Only the Young" itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

Murid ditampar: Polis akan rakam keterangan guru, beberapa individu
Polis akan merakam keterangan seorang guru dan beberapa individu lain bagi siasatan lanjut berkaitan dakwaan seorang murid yang ditampar.

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.
Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru
Penemuan itu ditemui sewaktu pekerja dari syarikat gas Calidda sedang melakukan penggallian di Carabayllo.
PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar yang berada di sini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, adalah pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di bandar raya New York.

Selangor juara bina rumah mampu milik - Amirudin
Selangor berjaya membina 40,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun sejak 2018, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Bandar Pintar, inisiatif strategik KPKT sebagai bandar pilihan di Malaysia
Ia untuk menjadikan bandar raya di Malaysia lebih produktif, berdaya saing, mampan serta sesuai didiami generasi semasa dan akan datang.

Loji TBB terbesar Malaysia di Bukit Tagar Enviro Park mulakan operasi
Loji Tenaga Boleh Baharu (TBB) terbesar di Malaysia yang terletak di Bukit Tagar Enviro Park (BTEP), Hulu Selangor dengan kapasiti 12 Megawatt (MW) telah mula beroperasi.

500 unit rumah sewa khas dibina di Pulau Pinang
Sebanyak 500 unit rumah Skim Perumahan Sewa Khas bagi golongan belia yang telah berkeluarga dan bujang akan dibina melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Giam, Jelutong di sini.

Belanjawan 2024: Cadangan RM300 juta bina tandas BMW seluruh negara - Nga
Cadangan inisiatif kewangan RM300 juta diperuntukkan untuk membina tandas bertaraf 'Bersih, Menawan, Wangi' atau 'BMW' di seluruh negara.

222 projek perumahan 'sakit' berjaya dipulihkan
Sebanyak 222 projek perumahan'sakit' swasta berjaya dipulihkan sehingga menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) atau bertukar ke status lancar, sehingga 31 Julai lalu.

RM10.73 juta naik taraf kemudahan di Tambun, Ipoh, Taiping dan Teluk Intan
Menteri KPKT Nga Kor Ming berkata semua projek berkenaan akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

PRN: Penyedia platform media sosial beri kerjasama bantu padam kandungan sentuh 3R
Penyedia platform perkhidmatan media sosial memberikan kerjasama baik dalam membantu memadam kandungan yang menyentuh isu 3R sepanjang kempen PRN di enam negeri.

KPKT peruntuk RM3.4 juta bagi pemulihan 6 projek terbengkalai di Kelantan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM3.4 juta bagi pemulihan enam projek terbengkalai di Kelantan, tahun ini.

KPKT minta Kedah, Kelantan segerakan proses hak milik tanah tiga projek PPR
Sehingga kini terdapat tiga projek PPR yang masih tertangguh proses hak milik tanah dan memerlukan kerjasama kedua-dua kerajaan negeri.