awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKM Selangor siasat aduan taska tidak ikut SOP, dera kanak-kanak
Israel berterusan serang Gaza ketika gencatan senjata masih berkuat kuasa
Feri percuma sempena Thaipusam pada 31 Jan, 1 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2026
09:10 MYT
Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes
Tiga individu berada di lorong kanan lebuh raya sebelum dirempuh pemandu Mercedes. -Foto Sinar Harian/Video tular
SHAH ALAM: Dua individu maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 11.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Dua individu maut dan dua cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang.
  • Kemalangan bermula dengan insiden di antara kereta Honda HRV dan Proton Suprima sebelum mereka dirempuh oleh pemandu Mercedes.
  • Pemandu dan penumpang Honda HRV terbunuh, manakala pemandu Proton Suprima dan pemandu Mercedes cedera parah.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian pada jam 4.20 pagi, sebuah kereta Mercedes yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun tidak sempat mengelak lalu merempuh tiga orang awam yang berada di lorong paling kanan lebuh raya itu.
"Kemalangan berpunca daripada satu insiden awal di antara sebuah kereta Honda HRV yang dinaiki dua rakan iaitu seorang lelaki dan wanita berusia 50 tahun telah melanggar belakang Proton Suprima yang dipandu oleh seorang wanita berusia 20-an di lorong paling kanan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ramsay berkata, ketiga-tiga individu itu telah keluar dari kenderaan dan berada di lorong tersebut.
"Tiba-tiba datang sebuah kereta Mercedes yang dipandu seorang lelaki tidak sempat mengelak lalu merempuh Proton Suprima serta tiga orang tersebut.
"Kemalangan itu telah mengakibatkan pemandu dan penumpang Honda HRV maut di tempat kejadian, manakala pemandu Proton Suprima serta lelaki yang memandu Mercedes mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Shah Alam," katanya.
Beliau berkata, punca kematian dikenal pasti 'head and body injury due to motor vehicle accident'.
"Sampel darah dan air kencing lelaki yang memandu kereta Mercedes telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354," katanya.
Terdahulu tular rakaman video telah dimuat naik di beberapa platform media sosial memaparkan kemalangan maut itu. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah bilangan individu yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan? A: Dua individu terbunuh dan dua cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan.
  • Q: Apakah punca kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan? A: Kemalangan bermula dengan insiden di antara kereta Honda HRV dan Proton Suprima sebelum mereka dirasuk oleh pemandu Mercedes.
  • Q: Siapakah yang terbunuh dan cedera parah dalam kemalangan tersebut? A: Pemandu dan penumpang Honda HRV terbunuh, manakala pemandu Proton Suprima dan pemandu Mercedes cedera parah.

Topic Berkaitan
#Lebuhraya Persekutuan
#kemalangan tiga kenderaan
#Honda HRV dan Proton Suprima
#dirempuh Mercedes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan